Wednesday, May 20, 2026
HomeHIBURANAisha Retno Mahu Buat Lagu Untuk Adrian Adam

Aisha Retno Mahu Buat Lagu Untuk Adrian Adam

PETALING JAYA: Kagum dengan bakat yang dimiliki, penyanyi dan komposer, Aisha Retno terbuka mahu membuat lagu untuk anak kepada pelakon, Amyza Aznan, Adrian Adam.

Menurut Aisha, dia berlapang dada untuk mencipta lagu buat anak pelakon itu sekiranya empunya badan sendiri bersetuju.

“Saya mahu buatkan lagu untuk beliau jikalau beliau sudi,” katanya di Threads.

Aisha berkata demikian selepas menyedari luahan seorang individu meminta komposer tanah air menghasilkan lagu buat remaja berbakat itu.

“Komposer-komposer hebat, tolonglah ambil dia buat lagu best-best,” kata individu tersebut.

Nama Adrian Adam terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas tampil menyanyikan lagu Ku Mohon pada program realiti nyanyian baru-baru ini.

Dalam masa sama, ramai yang tersentuh dengan persembahan yang sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser tulang itu.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tertarik Dengan Lelaki Yang Tak Kerja Dalam Industri’ – Aina...

0
PETALING JAYA – Tidak meletakkan sebarang ciri-ciri spesifik, penyanyi Aina Abdul bagaimanapun menolak untuk memiliki pasangan yang turut bekerja dalam industri seni. Menurut Aina atau...

CATEGORIES