Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITA‘Diam, Andai Teruskan AIDS’ – Mesej Ugutan Diterima Isteri Rafizi

‘Diam, Andai Teruskan AIDS’ – Mesej Ugutan Diterima Isteri Rafizi

PETALING JAYA – “Diam, andai teruskan aids,” itu mesej ugutan diterima isteri kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada pukul 1.12 pagi dan 11.02 pagi tadi.

Perkara itu didedahkan oleh Rafizi menerusi sidang akhbar di Parlimen hari ini yang mana beliau telah memaklumkan ugutan diterima kepada pihak polis.

“Saya dah sampai kepada polis. Mesej yang pagi tadi juga dari nombor yang sama. Ia ditambah dengan emoji syringe (picagari). Saya ingat akan berterusan (ugutan).

“Pada hemat saya ia strategi oleh saya saya selalu tak ‘makan saman’. Saman, lokap semua saya dah lalui, hilang jawatan aku pun tak ambil ‘port’.

“Kalau beri tekanan kepada isteri dan anak lelaki saya, ia (mungkin) mempengaruhi keputusan saya. Saya dah sampaikan kepada polis, polis tahu nombor telefon itu dan harap siasatan berjalan lancar,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES