Saturday, May 2, 2026
HomeBERITADeretan Gerai Berhampiran Plaza TAR Terbakar

Deretan Gerai Berhampiran Plaza TAR Terbakar

KUALA LUMPUR – Deretan gerai menjual pakaian terpakai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.

Seramai 40 anggota dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP Sentul dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.
Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.

Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.

“Anggaran kebakaran adalah sebanyak 80 peratus. Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES