Friday, October 16, 2026
HomeHIBURANPertarungan 34 Selebriti, Pempengaruh Dari 9 Negara

Pertarungan 34 Selebriti, Pempengaruh Dari 9 Negara

All Star Championship 2026 mengukuhkan kedudukan sebagai platform sukan tinju pempengaruh menerusi dua penganjuran terdahulu di Kuala Lumpur dan Dubai, sekali gus memberi peluang kepada pencipta kandungan menguji kemampuan di gelanggang.

Pengasas All Star Championship 2026, Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, kritikan segelintir pihak di media sosial tidak dapat dielakkan dalam usaha membangunkan platform sukan tinju berkenaan.

“Kalau nak persoal kredibiliti atau apa-apa, itu hak masing-masing. Kita tidak boleh lari daripada haters dalam media sosial. Apa yang penting sebagai penganjur, saya tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Jumlah penyertaan, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Malaysia juga sudah cukup membuktikan kredibiliti penganjuran All Star Championship,” katanya.

Sementara itu, Abd. Rahman turut mengulas komen seorang pempengaruh wanita yang sebelum ini mempersoal kredibiliti dan ketelusan kejohanan yang bakal berlangsung esok (17 Oktober 2026).

“Mereka mungkin cemburu dan terkilan sebab tidak dapat menyertai ASC26. Nak masuk kejohanan tapi tidak layak, jadi hati manusia mungkin tidak berpuas hati. Cuma seperti saya katakan sebelum ini, kita sudah buktikan kredibiliti,” ujarnya.

Sambung Abd. Rahman, gabungan pempengaruh dari pelbagai negara turut memberikan kekuatan kepada kejohanan itu, dengan jumlah keseluruhan pengikut mereka dianggarkan melebihi 20 juta di seluruh dunia.

Namun, populariti semata-mata tidak mencukupi kerana peserta yang sudah menandatangani kontrak perlu menjalani latihan antara dua hingga tiga kali seminggu bagi memastikan mereka bersedia untuk bertanding.

Mengambil contoh juara edisi terdahulu, Imranul Affendy yang merupakan seorang penari dan pelakon bukannya seorang atlet, tetapi berjaya bergelar juara kerana komitmen dan kesungguhannya.

“Apabila peserta sudah buat keputusan untuk bertarung, mereka akan berlatih bersungguh-sungguh.

“Kami bimbing dan pantau mereka kerana setiap peserta perlu diberikan peluang serta dorongan,” katanya.

Persiapan All Star Championship 2026 sudah bermula kira-kira tiga bulan lalu bagi memberikan masa mencukupi kepada peserta menjalani latihan dan bersedia mental serta fizikal sebelum turun ke gelanggang.

Kejohanan itu dijadual berlangsung di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 Oktober ini, membabitkan 34 pempengaruh dari sembilan negara dalam 17 perlawanan.

Kehadiran penonton di lokasi pertandingan All Star Championship 2026 adalah percuma, manakala siaran secara eksklusif menerusi platform penstriman, Tonton ditawarkan pada harga RM10 bagi tontonan bayar setiap tontonan (pay-per-view) di seluruh dunia.

“Orang ramai boleh menonton pertandingan ini secara percuma di Flamingo Hotel, namun mereka yang menyaksikan siaran eksklusif menerusi platform penstriman perlu membayar serendah RM10. Lebih menarik, siaran eksklusif ini boleh ditonton di seluruh dunia,” kata Abd Rahman yang berharap penganjuran kali ini meninggalkan impak positif.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Tawaran Tak Jadi Maklum, Tiada Siapa Akan Marah’ – Catriona...

0
PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross menegur sikap segelintir pihak produksi yang didakwa gagal menjaga adab dan profesionalisme ketika berurusan dengan pelakon khususnya berkaitan...

CATEGORIES