Thursday, August 6, 2026
HomeBERITADatuk Red, Syarikat Diperintah Bayar RM1.4 Juta Kepada 17 Pembeli Tanah

Datuk Red, Syarikat Diperintah Bayar RM1.4 Juta Kepada 17 Pembeli Tanah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Adenan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red dan syarikatnya, ADN Properties Sdn. Bhd. bersama seorang individu membayar RM1.4 juta kepada 17 pembeli tanah.

Ia berhubung urusan penjualan lot tanah di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor tujuh tahun lalu.

Hakim Siti Fatimah Talib turut memerintahkan Adenan dan ADN Properties selaku defendan itu membayar ganti rugi teladan RM170,000 kepada kesemua plantif.

Dalam penghakimannya, Hakim Siti Fatimah berkata, syarikat terbabit telah memasuki suatu perjanjian jual beli induk dengan Hasmy bagi memperoleh tanah berharga RM1.8 juta.

Bagaimanapun katanya, hak milik tanah tersebut tidak pernah dipindahkan kepada ADN Properties dan harga belian induk tidak dijelaskan sepenuhnya.

Kata hakim itu, berdasarkan keterangan plantif, mahkamah mendapati Adenan merupakan pengawal sebenar operasi dalam urus niaga syarikat tersebut.

Menurutnya, mahkamah ini mendapati penipuan terhadap plaintif-plaintif berlaku melalui satu siri representasi dan penyembunyian fakta yang material.

Ini kerana beliau berkata, ADN Properties melalui ejen-ejennya dan Adenan menggambarkan bahawa syarikat tersebut merupakan pemilik tanah yang mempunyai hak nyata untuk menjual lot tertentu.

Hakim berkata, ia turut dilihat mampu membina milik lot tersebut dalam tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli (SPA).

“Fakta material yang tidak didedahkan sepenuhnya ialah ADN bukan pemilik berdaftar dan harga belian tanah induk belum diselesaikan.
Urusan pusaka dan kelulusan tanah belum sempurna malah ADN belum berada dalam kedudukan untuk menjamin pindah milik lot tertentu,” katanya.

Justeru mahkamah ini mendapati syarikat itu telah melakukan kemungkiran asas iaitu menerima harga penuh tetapi gagal menyerahkan hak dan janji dan gagal memulangkan kembali wang yang diterimanya kepada pembeli-pembelinya.

Katanya, mahkamah mendapati Adenan tidak dipertanggungjawabkan semata-mata kerana beliau juga merupakan pengarah syarikat.

“Beliau pelaku aktif yang mengawal syarikat, menandatangani perjanjian jual beli, mengetahui hak milik dan pembayaran induk belum sempurna, terus menjual lot dan tidak memulangkan wang yang diterima dari plaintif.

“Representasi bahawa ADN mampu menyampaikan lot dibuat sekurang-kurangnya secara melulu tanpa peduli. Susulan itu ‘tort dispute’ iaitu pertikaian undang-undang sivil akibat perbuatan salah telah dibuktikan terhadapnya,” katanya.

Dalam prosiding hari ini kesemua plaintif diwakili peguam, Bhavanash Sharma.

Sebelum ini, tindakan sivil difailkan oleh pembeli terhadap semua defendan telah digabungkan dan dibicarakan bersama.

Plaintif mendakwa bahan promosi menggambarkan tanah berkenaan sebagai sesuai untuk pembangunan kediaman, dengan kemudahan seperti surau, sekolah dan pusat rekreasi.

Mereka juga mendakwa pembeli dimaklumkan bahawa status tanah pertanian boleh ditukar kepada pembangunan dengan bayaran tambahan RM1.50 bagi setiap kaki persegi.

Namun carian tanah yang dikemukakan dalam prosiding dikatakan menunjukkan bahawa tanah tersebut masih didaftarkan atas nama pemilik asal dan tidak pernah dipindah milik kepada ADN Properties.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terokai Yang Terbaik Di Rantau Asean Dengan Jualan Mega 8.8 AirAsia...

0
KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2026 – AirAsia MOVE menjemput para pelancong untuk menerokai lebih banyak destinasi di Asia Tenggara dan seluruh dunia menerusi tawaran...

CATEGORIES