Monday, July 27, 2026
HomeBERITABazar Ramadan Lebih Teratur, Bersih Di Bawah Seliaan DBKL

Bazar Ramadan Lebih Teratur, Bersih Di Bawah Seliaan DBKL

PETALING JAYA – Pengurusan bazar Ramadan di Wangsa Maju diuruskan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan tiada ruang bagi pengusaha menjual tapak pada harga ‘kayangan’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, sewa tapak ditawarkan pada harga RM500 termasuk RM200 sebagai cagaran yang akan dipulangkan jika peniaga mematuhi semua syarat dan peraturan.

Katanya, ini bermakna, peniaga hanya membayar sewa RM300 sahaja untuk tempoh sebulan berniaga.

“Ada segelintir pihak membuat aduan mengenai harga petak bazar Ramadan yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sehingga peniaga kecil terhimpit dan terpaksa menanggung beban kos yang tinggi.

“Hasil risikan, sebelum ini ada peniaga yang sewa petak bazar kendalian pihak ketiga lebih dari satu petak. Kemudian mereka ‘alibabakan’ petak tersebut dengan harga tinggi kepada orang tempatan yang memang nak meniaga pada bulan Ramadan. Yang menjadi mangsa adalah peniaga dan penjaja kecil setempat,” katanya di akaun TikTok ketika membuat tinjauan di bazar itu.

Menurut Zaliha, dia berpuas hati dengan keadaan bazar di situ dengan rata-rata pengunjung memuji pengurusan kawasan itu yang lebih teratur dan kemas tahun ini.

Tambahnya, dia turut membawa pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bagi memeriksa harga jualan supaya tidak berlaku pencatutan.

“Apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Matlamatnya jelas, iaitu untuk memberi peluang yang adil kepada peniaga kecil dan mengelakkan dari manipulasi pihak-pihak tertentu serta dalam masa yang sama memastikan tata kelola yang baik diamalkan,” katanya.

Netizen turut memberi komen positif di laman pos TikTok beliau mengenai isu tapak bazar Ramadan yang diuruskan secara baik dan berpatutan untuk para peniaga.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Persetankan Kata Orang, Mereka Bukan Panduan Saya’ – Afdlin Shauki

0
“TIDAK bermakna saya bakal jadi calon bertanding di Setiawangsa, itu semua ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.” Demikian penegasan pelakon Datuk Afdlin Shauki yang...

CATEGORIES