Tuesday, July 28, 2026
HomeSUKANMalaysia Esports League 2026 Kini Dibuka, Tawar RM246,500 Hadiah Terkumpul

Malaysia Esports League 2026 Kini Dibuka, Tawar RM246,500 Hadiah Terkumpul

PUCHONG – Esports Integrated (ESI) secara rasminya mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi Malaysia Esports League 2026 (MEL26) yang telah bermula pada 18 Julai sehingga 18 Ogos ini. Sebagai inisiatif pembangunan e-sukan peringkat Kebangsaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MEL26 menyasarkan penyertaan seramai 12,000 pemain dari seluruh negara pada edisi kali ini.

Bagi edisi tahun ini, MEL26 akan mengetengahkan tiga judul permainan utama iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile (PUBGM), dan eFootball Mobile dengan peringkat kelayakan menerusi sistem State League akan dijalankan secara dalam talian bermula 31 Ogos ini merentasi 16 buah negeri dan wilayah persekutuan sebelum 16 pasukan terbaik dari setiap negeri tersebut akan berentap di peringkat akhir secara fizikal.

Bagi kategori wanita pula, pusingan kelayakan akan bermula secara dalam talian pada 14 September terbuka kepada semua pasukan dan pemain dari seluruh negara untuk dua judul permainan sahaja, MLBB dan PUBGM bagi menentukan 16 pasukan terbaik yang akan bersaing merebut kejuaraan di peringkat akhir.

Selain menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM246,500, MEL26 turut menjadi platform yang membolehkan bakat-bakat baharu dikenal pasti serta membuka ruang kepada pemain untuk meneroka peluang pembangunan dan penyertaan di peringkat yang lebih tinggi.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang www.esukan.gg. Peringkat kelayakan akan berlangsung dari 31 Ogos hingga 20 September 2026, manakala peringkat akhir pula akan dijalankan secara fizikal pada 2 Oktober 2026 di ESI Hub, Spacerubix, Puchong.

Untuk pertanyaan media dan butiran lanjut, sila hubungi:

fadhli.hamim@impact.my (013-3969406)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Hanya Letak Tanda Koma Terhadap Kerjaya Lakonan Saya – Syatilla...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menegaskan dia tidak meninggalkan kerjaya lakonan sepenuhnya, namun, hanya memperlahankan karier tersebut buat sementara waktu. Syatilla atau Siti...

CATEGORIES