Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITABayi 10 Bulan Melecur Tahap Dua Terkena Air Panas di Taska

Bayi 10 Bulan Melecur Tahap Dua Terkena Air Panas di Taska

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan melecur tahap dua selepas terkena air panas ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah TASKA di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, kelmarin.

Bapanya yang ingin dikenali Muhsin, 36, mendakwa, dia ketika itu berada di tempat kerja sebelum dihubungi pengasuh sekitar jam 12 tengah hari memaklumkan anaknya terkena air panas.

Menurutnya, terkejut mendengar berita itu, dia terus bergegas ke TASKA terbabit dan mendapati kaki anaknya melecur teruk.

“Saya kemudian terus membawa anak ke Hospital Serdang sebelum doktor memaklumkan mengalami melecur tahap kedua.

“Anak saya kemudian dirujuk ke pakar bedah plastik di Hospital Putrajaya dan kini masih menerima rawatan di hospital,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Menurut Muhsin, pengasuh mendakwa dia terlupa menutup pintu pagar penghadang sebelum anaknya merangkak masuk ke bilik bancuhan susu dan terkena air panas di dalam cerek.

“Anak saya juga meraung menangis menahan kesakitan dan hari ini pihak hospital cadang ingin melakukan bius penuh untuk tidurkan anak seketika bagi mencuci luka.

“Selepas itu baru doktor akan buat langkah susulan sama ada perlu jalani pembedahan atau tidak,” katanya.

Katanya, dia juga sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Saujana Putra untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya.

Sumber – BuletinTv3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES