Thursday, June 18, 2026
HomeBERITAJPPH & AmanahRaya Perkenal Inisiatif Digital Terbaharu Bantu Percepat Proses Pentadbiran Harta...

JPPH & AmanahRaya Perkenal Inisiatif Digital Terbaharu Bantu Percepat Proses Pentadbiran Harta Pusaka

Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”) dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (“JPPH”) menjalinkan kerjasama dengan memperkenalkan “JPPH Drive”, iaitu sebuah platform digital bersepadu bagi menambah baik dan mempercepatkan proses penilaian hartanah dalam urusan pentadbiran harta pusaka.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong dalam ucapannya berkata, “Kolaborasi strategik bersama JPPH ini mencerminkan komitmen AmanahRaya dalam memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi penyelesaian yang lebih inovatif dan efisien. Pendigitalan ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada proses manual, malah meningkatkan kecekapan pentadbiran harta pusaka secara menyeluruh demi kepentingan waris dan pihak berkepentingan.”

Tambah beliau, antara manfaat utama pelaksanaan platform ini termasuk peningkatan kecekapan operasi, akses kepada maklumat yang lebih cepat dan sistematik, serta pengurusan maklumat yang lebih teratur. Platform ini juga dijangka dapat menyumbang kepada penjimatan kos dan penambah baikan kualiti perkhidmatan melalui sistem yang lebih efisien dan telus.

Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak berkata, peluncuran JPPH-AmanahRaya Drive merupakan satu manifestasi komitmen JPPH dalam memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam melalui pemanfaatan teknologi yang mampu mentransformasikan proses kerja kepada sistem yang lebih cekap, bersepadu dan berimpak tinggi. Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan pengurusan permohonan penilaian hartanah bagi urusan pentadbiran harta pusaka, malah memperkukuh aspek tadbir urus, ketelusan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama strategik antara JPPH dan AmanahRaya mencerminkan pendekatan whole-of-government yang semakin penting dalam mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. “Melalui platform digital yang selamat dan berpusat ini, perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, sistematik dan berintegriti, sekali gus mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka demi manfaat waris serta pihak berkepentingan. JPPH berharap inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi digital antara agensi kerajaan dan organisasi strategik pada masa hadapan,” katanya.

Peluncuran kerjasama dua hala ini diadakan bersempena Sambutan Hari JPPH Ke-69 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), sekali gus menjadi permulaan kepada kolaborasi seterusnya dalam usaha untuk memacu penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan responsif melalui pemanfaatan teknologi digital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terlalu Awal Untuk Kata Yang Hidup Sudah Berubah’ – Lisa Surihani

0
SHAH ALAM – Bergelar hajah, pelakon Datin Lisa Surihani berharap dapat memanfaatkan semua kebaikan dan kelebihan daripada ibadah rukun kelima Islam kepada kehidupannya ketika...

CATEGORIES