Friday, June 12, 2026
HomeHIBURANPiala Dunia 2026: Korea Selatan Bangkit Benam Rep. Czech

Piala Dunia 2026: Korea Selatan Bangkit Benam Rep. Czech

GUADALARAJA – Penyerang gantian, Oh Hyeon-gyu muncul wira Korea Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan luntuk membantu pasukannya menewaskan Republik Czech 2-1 dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2026, sebentar tadi.

Skuad Taeguk Warriors yang menguasai sebahagian besar permainan dikejutkan terlebih dahulu apabila kapten Czech, Ladislav Krejci meletakkan pasukannya di depan menerusi situasi bola mati pada minit ke-55.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Korea Selatan terus meningkatkan tekanan dan akhirnya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-67 menerusi penyudah menarik, Hwang In-beom.

Pemain tengah Feyenoord itu memperagakan sentuhan berkualiti apabila memperdayakan penjaga gol Matej Kovar sebelum melambungkan bola m untuk mengikat kedudukan 1-1.

Republik Czech hampir kembali berada di depan pada minit ke-77 apabila Tomas Soucek menanduk masuk sepakan percuma dari sebelah kiri, namun jaringan itu dibatalkan selepas mendapati pemain West Ham itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Ketika perlawanan dilihat menuju keputusan seri, Korea Selatan berjaya mendahului pada minit ke-80 menerusi penyudah Oh Hyeon-gyu selepas menerima hantaran In-beom.

Republik Czech hampir mencuri satu mata pada penghujung aksi, namun penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu mempamerkan aksi cemerlang apabila menepis percubaan jarak dekat Adam Hlozek hasil situasi lontaran jauh Coufal.

Michal Sadilek turut memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir, namun rembatan pemain tengah itu gagal menemui sasaran apabila tidak cukup kuat untuk menewaskan Seung-gyu dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Apapun, Abang Syed Saddiq Okey Je, Tenang Ya Semua’ – Didi...

0
PETALING JAYA – Cukup dikenali sebagai individu yang lantang terutama dalam isu mempertahankan keluarganya, penyanyi Didi Astillah memohon maaf secara terbuka sekiranya tindakannya untuk...

CATEGORIES