Tuesday, July 14, 2026
HomeHIBURANLuqman Podolski Bongkar Kisah Luka Ditinggalkan Dalam ‘Ayah’

Luqman Podolski Bongkar Kisah Luka Ditinggalkan Dalam ‘Ayah’

KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Bapa, penyanyi dan pencipta lagu, Luqman Podolski tampil dengan sebuah karya yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi menyentuh sisi paling sunyi dalam hubungan kekeluargaan.

Menerusi single baharu berjudul Ayah, ciptaan komposer Kim Manul dan diterbitkan di bawah label Sony Music Malaysia, Luqman memilih untuk mengangkat kisah yang jarang diperkatakan iaitu mengenai luka, kehilangan dan kesan emosi yang ditinggalkan apabila seorang ayah gagal memainkan peranannya dalam keluarga.

Berbeza daripada kebanyakan lagu bertemakan bapa yang lazimnya menonjolkan pengorbanan dan kasih sayang, Ayah tampil dengan pendekatan lebih berani apabila membawa realiti yang dekat dengan sebahagian masyarakat.

Menurut Luqman, karya itu lahir daripada pemerhatian terhadap pengalaman hidup yang dilalui ramai individu, meskipun topik berkenaan sering dianggap sensitif.

“Tidak semua orang mempunyai pengalaman indah bersama ayah mereka. Ada yang membesar dengan luka, kekecewaan dan kenangan yang sukar dilupakan.

“Lagu ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, sebaliknya memberi ruang kepada mereka yang pernah melalui pengalaman itu untuk merasa didengari,” katanya.

Luqman berkata, seni tidak seharusnya terhad kepada kisah bahagia atau mesej positif semata-mata, sebaliknya turut berperanan sebagai medium merakam realiti kehidupan.

Katanya, karya seni juga mampu menjadi ruang untuk menzahirkan konflik emosi, cabaran kekeluargaan dan pengalaman pahit yang membentuk perjalanan hidup seseorang.

Pendekatan sedemikian bukan sesuatu yang asing dalam industri muzik antarabangsa apabila ramai pengkarya, khususnya dalam genre hip hop dan rap, menjadikan muzik sebagai saluran meluahkan perasaan serta mengangkat isu sosial yang jarang dibicarakan secara terbuka.

Menerusi Ayah, Luqman bukan sekadar mempersembahkan sebuah lagu, malah membuka ruang perbincangan mengenai isu kekeluargaan yang sering dipendam.

Karya itu membuktikan muzik bukan hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi turut menjadi cerminan kehidupan dan suara kepada mereka yang pernah melalui pengalaman serupa.

Single Ayah terbitan Sony Music Malaysia kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berpada-Pada Cuba Makanan Viral, Jaga Kesihatan’ – Anzalna Nasir

0
PETALING JAYA – Teruja menikmati ‘makanan viral’, pelakon Anzalna Nasir mengingatkan orang ramai agar usah terlalu ghairah mengejar trend sehingga mengabaikan aspek kesihatan. Anzalna atau...

CATEGORIES