Friday, May 15, 2026
HomeBERITAAnak Sosilawati Syukur, Pembunuh Ibu Ke Tali Gantung

Anak Sosilawati Syukur, Pembunuh Ibu Ke Tali Gantung

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT, keputusan ini satu keadilan kepada kami sekeluarga,” kata usahawan kosmetik Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya yang mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladang kerana membunuh ibunya Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di sebuah ladang di Banting, Selangor pada 2010.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan hukuman mati dikekalkan kepada dua pemohon iaitu N Pathmanabhan, 55, dan T Thilaiyalagan, 33.

Foto: Sinar Harian

Rita, 39, berkata, beliau sekeluarga menghormati dan menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka.

“Keputusan ini adalah suatu keadilan kepada kami dan juga kepada keluarga mangsa lain yang terlibat.

“Ini sebagai pengajaran kepada masyarakat bahawa segala perbuatan dan tindakan kita tidak boleh sama sekali melampaui kedaulatan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, tragedi menyayat hati menimpa arwah ibu menjadi sejarah hitam buat seluruh keluarganya yang masih trauma.

“Sehingga hari ini kami tidak jejak kaki ke Banting. Malah bila dengar perkataan ‘Banting’, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa.

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat sejarah hitam keluarga,” katanya.

Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan R Kathavarayan, 44, disabitkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin.

Permohonan semakan dikemukakan tertuduh dalam usaha mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa 4 Julai tahun lalu.

Namun Kathavarayan menarik balik permohonannya untuk menyemak hukuman mati yang kemudiannya diketepikan oleh panel.

Sumber- Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hukuman Gantung Pemuda Bakar Kekasih Hamil Diganti Penjara 40 Tahun, 12...

0
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap seorang pemuda membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil...

CATEGORIES