Thursday, June 11, 2026
HomeBERITAMayat Lelaki Ditemui Terapung Di Tasik Kota Kemuning

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Tasik Kota Kemuning

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini, pagi ini.

Penemuan mayat yang belum diketahui identitinya itu dilakukan kira-kira pukul 7.39 pagi tersebut adalah hasil maklumat dari orang awam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat tersebut dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlentang di tasik berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Pemeriksaan ke atas badan mayat mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuhnya yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati mayat itu tidak mempunyai suntikan bacillus calmette guerin (BCG) dan dipercayai warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Justeru, kata beliau, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES