Sunday, July 26, 2026
HomeBERITA33,500 Penduduk P.Pinang Berdepan Gangguan Air 18 jam Jumaat Ini

33,500 Penduduk P.Pinang Berdepan Gangguan Air 18 jam Jumaat Ini

GEORGE TOWN – Kira-kira 33,500 pengguna di kawasan Air Itam, Farlim dan Paya Terubong akan mengalami gangguan bekalan air selama 18 jam bermula pukul 9 malam, Jumaat ini (21 Februari) sehingga 3 petang, Sabtu (22 Februari).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, gangguan bekalan air berjadual itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelencongan saluran paip utama bersaiz 600mm di Lebuh Raya Thean Teik, berhadapan Pasar Farlim.

Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan keselamatan infrastruktur bekalan air yang terletak dalam kawasan Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu – Air Itam.

“Kerja ini melibatkan penutupan sementara lima injap di lima rumah pam bagi membolehkan penyambungan akhir saluran paip dilakukan dengan selamat.

“Penduduk di kawasan terjejas disarankan menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan ini. PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap orang ramai memahami keperluan projek ini untuk manfaat jangka panjang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, gangguan bekalan air ini telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui surat rasmi yang diterima PBAPP pada 17 Februari.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES