Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANBidoglio Bangga JDT Mara Ke Pusingan 16 ACLE

Bidoglio Bangga JDT Mara Ke Pusingan 16 ACLE

KEJAYAAN mara ke pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kali ini, nyata membanggakan pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio.

Menurut Bidoglio, biarpun berdepan kesukaran pada peringkat awal perlawanan, kesemua pemain telah bangkit dan mempamerkan aksi cemerlang di sepanjang perlawanan bagi merealisasikan kemenangan berkenaan.

“Bagi saya, kesemua pemain telah beraksi dengan baik bagi menghasilkan kemenangan ini dan mara ke pusingan seterusnya.

“Walaupun ketinggalan pada suatu ketika, pemain berjaya bangkit mengikat kedudukan dan selepas itu menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan.

“Terima kasih juga kepada kesemua penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan ini untuk mara lebih jauh selepas ini,” katanya.

JDT mara ke pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Foto Facebook Johor Southern Tigers
JDT mara ke pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Foto Facebook Johor Southern Tigers

 

Pada perlawanan berkenaan, JDT menang 5-2 ke atas Pohang Steelers hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-37, Bergson Da Silva (min-52), Arif Aiman Hanapi (min-56), Jese Rodriguez (90 7) dan Jorge Obregon (90 15-pen) manakala pelawat meledak jaringan menerusi Lee Ho-Jae (min-27) dan Kang Hyeon Je (min-80).

Sementara itu, pemain terbaik perlawanan, Oscar Arribas berkata, dia terharu dan berterima kasih dengan kehadiran 35,590 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Katanya, kehadiran itu turut dilihat antara faktor yang menyemarakkan lagi semangat kesebelasan pemain untuk mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan.

“Jumlah penonton yang hadir kali ini sungguh menakjubkan. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada kami.

“Kami juga akan terus cuba memberikan yang terbaik bagi meraih lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES