Thursday, June 18, 2026
HomeHIBURANSonaOne & Tlinh Dari Vietnam Bergabung Hasilkan Single Bertajuk "Polite"

SonaOne & Tlinh Dari Vietnam Bergabung Hasilkan Single Bertajuk “Polite”

Kuala Lumpur: Penyanyi rap dan penerbit serba boleh, SonaOne, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul Polite yang menampilkan sensasi pop-rap dari Vietnam, tlinh.

Lagu yang ditulis oleh SonaOne, tlinh dan SYA itu diterbitkan sendiri oleh SonaOne di bawah label Def Jam Malaysia. Di samping itu, Polite menampilkan gabungan unik dua budaya muzik Malaysia dan Vietnam dalam satu karya yang penuh gaya dan emosi.

Menurut SonaOne, lagu ini dihasilkan sejak tahun 2020 dan hanya menemui arah sebenar selepas pasukan A&R mencadangkan kerjasama bersama tlinh.

“Saya sudah lama ada demo asal bersama SYA semasa lockdown, tapi hanya selepas beberapa kali berkunjung ke Ho Chi Minh City, kolaborasi ini akhirnya menjadi nyata,” katanya.

Bagi tlinh pula, kolaborasi ini membuka ruang untuk bereksperimen dengan bunyi baharu sambil mengekalkan emosi yang jujur.

“Saya rasa beat lagu ini sangat menarik dan melodinya mudah diingati. SonaOne pula sangat menyokong, jadi proses bekerjasama dengannya berjalan lancar,” katanya.

Video muzik Polite turut menjalani penggambaran di Ho Chi Minh City bersama pasukan produksi tempatan Vietnam. Berlatarkan suasana kota yang hidup dan intim, video itu menggambarkan tema utama lagu tersebut iaitu cinta yang masih wujud, tetapi komunikasi semakin pudar.

Polite bakal dilancarkan di semua platform penstriman utama bermula 4 November 2025, memperlihatkan satu lagi langkah besar SonaOne dalam memperkukuh kerjasama muzik serantau.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terlalu Awal Untuk Kata Yang Hidup Sudah Berubah’ – Lisa Surihani

0
SHAH ALAM – Bergelar hajah, pelakon Datin Lisa Surihani berharap dapat memanfaatkan semua kebaikan dan kelebihan daripada ibadah rukun kelima Islam kepada kehidupannya ketika...

CATEGORIES