Monday, September 21, 2026
HomeSUKANEPL: Guardiola Akui Terpaksa ‘Reset’ City

EPL: Guardiola Akui Terpaksa ‘Reset’ City

LIVERPOOL – Malang terus menimpa Manchester City apabila terus berdepan kemarau kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Anfield awal pagi semalam.

The Citizens wajar berasa risau dengan situasi itu memandangkan kekalahan tersebut menyaksikan mereka terus kempunan untuk mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir melibatkan semua pertandingan.

Pengurus City, Pep Guardiola menganggap sudah tiba masanya untuk pasukan itu melakukan transformasi sepenuhnya bagi menyelamatkan kempen musim ini yang dilihat sudah hampir tamat buat mereka.

“Tahniah kepada Liverpool kerana mereka layak untuk menang pada perlawanan hari ini (semalam). Kami menerima situasi pasukan sekarang dan kami akan memperbaikinya menjelang perlawanan akan datang.

“Kami akan ‘reset’ pasukan dan bermula semula dari kosong. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada penghujung musim nanti,” katanya mengulas mengenai situasi sukar dihadapi City ketika ini.

Pada perlawanan itu, Liverpool membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi Cody Gakpo dengan gol kedua hadir 12 minit sebelum perlawanan tamat hasil sepakan penalti Mohamed Salah.

Sementara itu, penyokong-penyokong Liverpool juga mengambil peluang untuk melakukan provokasi terhadap Guardiola dengan mengatakan beliau tidak akan kekal lama di Stadium Etihad dan bakal dipecat dalam masa terdekat.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Terus Kukuh, Fokus Kepada Pertumbuhan Dan Strategi Jangka Panjang

0
BANGKOK, 18 September 2026 – AirAsia Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Berhad) (“AirAsia” atau “Kumpulan”) hari ini menegaskan pendekatannya yang fokus, berdisiplin...

CATEGORIES