Saturday, September 5, 2026
HomeBERITAJumlah Mangsa Banjir Di Seluruh Negara Menurun

Jumlah Mangsa Banjir Di Seluruh Negara Menurun

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan.

Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laman web Public Info Banjir, ia melibatkan 28,385 keluarga yang ditempatkan di 406 PPS yang dibuka di seluruh negara. Mangsa tertinggi dicatatkan di Kelantan dengan 58,145 orang, dari 18,340 keluarga.

Mereka berlindung di 168 PPS yang beroperasi di lapan daerah terlibat.

Ini diikuti di Terengganu dengan 25,199 mangsa, dari 6,594 keluarga dan ditempatkan di 143 PPS di lapan daerah.

Sementara itu Kedah, merekodkan 7,501 mangsa, dari 2,309 keluarga dan ditempatkan di 40 PPS di lima daerah.

Di selatan tanah air, sejumlah 1,052 mangsa dicatatkan di Johor.

Manakala di Perak, 640 mangsa, di Melaka 161 mangsa dan Perlis 69 mangsa.

Sumber – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dua Dekad Dalam Industri, Faizal Tahir Tak Pernah Kejar Gelaran Datuk

0
KUALA LUMPUR - Selepas dua dekad dalam industri seni, penyanyi Faizal Tahir menegaskan dirinya tidak pernah mengejar sebarang gelaran atau pangkat, termasuk anugerah Datuk,...

CATEGORIES