Tuesday, July 21, 2026
HomeVIRALTayang Emas Satu Badan, Pengasas Produk Kecantikan Jadi Tumpuan

Tayang Emas Satu Badan, Pengasas Produk Kecantikan Jadi Tumpuan

JAKARTA – Seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas memakai barangan kemas seberat 5 kilogram di seluruh tubuhnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati yang berasal dari Makassar.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @mks.info, dia menunjukkan perhiasan emas yang dipakai dari kepala hingga ke pergelangan tangannya.

Bukan itu sahaja, jari jemarinya juga dihiasi dengan cincin emas ‘gergasi’.

“Di atas 500 gram,” katanya sambil menunjukkan rantai emas di lehernya.

“Beg tangan ini seberat lebih 500 gram,” tambahnya sambil menayang beg tangan mewah itu.

Mira turut mengakui bahawa penampilan ‘emas’ yang dikenakan itu mencapai hampir 5 juta rupiah (RM1,438).

“Tidak sampai 5 juta rupiah. Tapi kalau harga emas sekarang memang tinggi,” katanya.

Sumber – AGENSI

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES