Sunday, May 31, 2026
HomeVIRALSalji Di Avenue K Dan KLCC Tarik Perhatian Orang Ramai

Salji Di Avenue K Dan KLCC Tarik Perhatian Orang Ramai

PETALING JAYA – Orang ramai memenuhi pekarangan pusat beli belah Avenue K dan KLCC semalam untuk merasai sendiri pengalaman ‘salji’ di Kuala Lumpur.

Melalui tinjauan Kosmo, menurut @arina_mustaffa dalam sebuah hantaran di laman TikTok, video tersebut dirakam pada malam cuti perayaan Hari Natal.

“Dapat juga tengok snow,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut hantaran lain, ‘salji’ yang turun di pekarangan pusat beli belah itu sebenarnya adalah buih yang juga merupakan tarikan terbaharu Avenue K sempena perayaan Krismas.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan keinginan untuk melawat sendiri pusat beli belah tersebut untuk merasai pengalaman sama.

“Mujur kami pergi hari Sabtu, tidaklah seramai ini,” kata Haikal.

“Tak sangka orang seramai ini. Baru je rancang untuk pergi dengan kawan-kawan,” kata Abby.

“Nak pergi tapi takut Covid,” kata seorang lagi pengguna.

Menurut hantaran di laman Facebook Avenue K, orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman tersebut bermula 20 Disember hingga 1 Januari, pada pukul 7.45 hingga 8 malam setiap hari.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES