Sunday, February 15, 2026
HomeVIRALLelaki Hilang Akhirnya Muncul Selepas Mendengar Laungan Azan

Lelaki Hilang Akhirnya Muncul Selepas Mendengar Laungan Azan

JAKARTA – Seorang lelaki akhirnya pulang ke rumahnya selepas laungan azan dikumandangkan di tempat dia hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Jambi, lapor portal berita Tribun Medan semalam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut pulang pada jam 1 pagi dalam keadaan yang bingung, manakala  berita tentang kepulangannya ditularkan di laman perkongsian video, TikTok menerusi akaun @dedyirfansyah07.

Dalam video tersebut, sejumlah orang dewasa kelihatan mencari lelaki tersebut yang dikenali sebagai Usman di sebuah ladang kelapa sawit. Mereka menggunakan jamung untuk menerangi kegelapan malam sambil berteriak namanya.

“Man, balik man,” teriak seorang penduduk.

Selain membawa jamung, mereka juga membawa peralatan dapur yang dibunyikan sambil mencari Usman, lapor Kosmo.

Selepas usaha mencari tidak membuahkan hasil, sejumlah penduduk akhirnya berkumpul di tengah ladang kelapa sawit dengan seorang dari mereka melaungkan azan dengan harapan lelaki tersebut kembali.

Pada akhirnya, Usman ditemui dan kembali ke rumahnya manakala netizen yang memuat naik  video penemuannya menyampaikan rasa syukurnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES