Monday, November 2, 2026
HomeBERITAPadang Dataran Merdeka Tutup Sehingga 31 Januari 2024

Padang Dataran Merdeka Tutup Sehingga 31 Januari 2024

PETALING JAYA – Padang Dataran Merdeka mula ditutup bermula semalam sehingga 31 Januari 2024 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan,” katanya.

Berdasarkan laporan Kosmo, dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan, kerja penyelenggaraan yang dilakukan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir sekitar dataran masih boleh digunakan orang awam seperti biasa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Salur RM100,000 Naik Taraf Kemudahan SK Jalan Residensi

0
GEORGETOWN – Kementerian Digital memperuntukkan sebanyak RM100,000 menerusi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) bagi menambah baik infrastruktur dan kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan...

CATEGORIES