Sunday, January 18, 2026
HomeVIRALLelaki Bertudung 'Kantoi' Rakam Wanita Dalam Tandas

Lelaki Bertudung ‘Kantoi’ Rakam Wanita Dalam Tandas

JOHOR BAHRU – Satu rakaman video tular di laman sosial hari ini memaparkan seorang lelaki dicekup selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas perempuan di sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang hari ini.

Dalam video berdurasi satu minit 49 saat itu menunjukkan lelaki iaitu suspek dipegang lelaki lain sambil kedengaran suara seorang wanita meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit suspek.

Menurut Kosmo, tindakan wanita itu dipercayai untuk memeriksa rakaman tidak senonoh dilakukan lelaki itu yang dipercayai merakam gambar wanita menggunakan tandas berkenaan.

“Kau jangan bohong, aku rembat muka kau kan, tak payah acah-acah, perangai kau macam tahik kau tahu tak,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, seorang lelaki turut memeriksa suspek.

“Kaki berinai, mana tudung kau, pakai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?,” soal lelaki tersebut.

“Saya tak tahu kepala otak saya macam ini,” jawab suspek.

Video tersebut dipercayai dirakam mangsa di dalam sebuah kedai untuk dijadikan bukti.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ekonomi Malaysia Diunjur Bertumbuh 5.7% Pada Suku Keempat 2025

0
PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan...

CATEGORIES