Monday, May 11, 2026
HomeTRAVELAirAsia MOVE Perkenalkan Ciri ‘1x Fi Pertukaran Percuma’

AirAsia MOVE Perkenalkan Ciri ‘1x Fi Pertukaran Percuma’

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026 – AirAsia MOVE (MOVE), platform tempahan rasmi untuk penerbangan AirAsia, hari ini melancarkan ciri baharu ‘1x Fi Pertukaran Percuma’ bagi memberikan fleksibiliti yang lebih bagi para pengguna platformnya dalam menguruskan tempahan penerbangan mereka.

‘1x Fi Pertukaran Percuma’ menawarkan satu kali pengecualian yuran penukaran penerbangan jika pengguna mahu menukar tarikh atau masa bagi penerbangan AirAsia yang ditempah melalui aplikasi MOVE atau airasia.com sahaja. Walaupun pengguna masih perlu membayar perbezaan tambang, cukai, atau caj lain yang berkaitan mengikut polisi pertukaran penerbangan standard, ciri ini mengurangkan kos keseluruhan penukaran penerbangan, sekali gus memberikan ketenangan minda kepada para pelancong.

Chan Kok Ding, Ketua Penerbangan AirAsia MOVE berkata, “Dalam landskap industri pelancongan hari ini, pelan dan rancangan boleh berubah pada bila-bila masa. Para pengguna mengharapkan kawalan yang lebih besar bagi tempahan mereka, kami komited untuk memberikan fleksibiliti dan kemampuan harga. Dengan ‘1x Fi Pertukaran Percuma’, pengguna boleh melaraskan rancangan mereka dengan lebih mudah apabila keadaan memerlukan.

“Kami akan terus menambah baik platform ini dengan ciri-ciri yang memudahkan urusan perjalanan, di samping membawa lebih banyak manfaat eksklusif kepada pengguna MOVE, semuanya dalam satu aplikasi.”

Selain daripada ciri ‘1x Fi Pertukaran Percuma’, AirAsia MOVE menawarkan pelbagai kemudahan yang direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan keselesaan perjalanan. Penambahan (add on) ‘Easy Cancel’ membolehkan pengguna membatalkan penerbangan sehingga 48 jam sebelum berlepas untuk mendapatkan bayaran balik sehingga 80%, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Manakala, pelan ansuran 0% membolehkan pengguna membahagikan kos kombo penerbangan-dan-hotel bagi tempoh tiga hingga enam bulan. Platform ini turut memudahkan pengalaman di lapangan terbang bagi penerbangan AirAsia melalui Daftar Masuk Dalam Talian dan Semakan Visa Automatik (AVC), yang membantu mengesahkan dokumen perjalanan secara masa nyata (real-time) serta menyokong proses daftar masuk yang lebih lancar.

Untuk perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih mudah dan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

i-Legasi Bolehkan Ahli KWSP Pindah Lebihan Simpanan Kepada Keluarga

0
PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk i-Legasi, i-Emas dan Kalkulator Matlamat Persaraan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan serta...

CATEGORIES