Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANZiyad Zolkefli Tidak Sertai Sukan SEA 2025

Ziyad Zolkefli Tidak Sertai Sukan SEA 2025

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengesahkan tidak akan menyertai temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand bagi memberikan tumpuan kepada kejohanan antarabangsa yang lebih besar.

Ziyad yang pernah meraih pelbagai pingat di Sukan SEA, memilih untuk tidak mempertahankan penyertaannya selepas bersaing dalam empat edisi sebelum ini.

“Saya sudah bertanding empat edisi Sukan SEA. Untuk tahun ini di Thailand, mungkin saya tidak akan bertanding kerana fokus lebih kepada Sukan Para Asia dan kejohanan lain,” katanya.

Ziyad kini sedang mempersiapkan diri sepenuhnya bagi menyertai Grand Prix (GP) Dunia di Maghribi April nanti, sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia di New Delhi, India pada September.

“Tahun ini padat dengan kejohanan besar. Selepas balik dari Paris tahun lepas, saya dapat rehat sebulan sahaja dan terus fokus kepada persiapan tahun ini. Setiap petang saya tetap turun ke latihan kerana misi saya bagi mengekalkan prestasi dan pingat,” tambahnya.

Menariknya, Ziyad kali ini memilih untuk menjalani latihan sepenuhnya di Malaysia, berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih banyak dilakukan di luar negara.

“Kita ada kemudahan yang baik di sini. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tinggal dan berlatih di sini sambil fokus kepada kejohanan antarabangsa. Apa yang penting, kita buat yang terbaik,” ujarnya yang merupakan juara Paralimpik dan ikon sukan negara ini.

Sebagai rekod, Ziyad pernah meraih pingat perak di Sukan SEA 2019 (Filipina) serta tiga gangsa di Kuala Lumpur 2017, Hanoi 2021 dan Phnom Penh 2023.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES