Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANUCL: Arsenal Selesa Teruskan Kemaraan

UCL: Arsenal Selesa Teruskan Kemaraan

LONDON – Arsenal menepati ramalan untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas mencatat kemenangan 9-3 secara agregat ke atas PSV Eindhoven pada pusingan 16 terbaik.

Meskipun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi timbal balik di Stadium Emirates awal pagi semalam, namun ia sudah mencukupi selepas mereka menang besar 7-1 dalam pertemuan pertama minggu lalu.

Justeru, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengambil kesempatan itu untuk merehatkan pemain-pemain utama dan memberikan peluang kepada pemain-pemain lain mendapatkan minit permainan bertemu PSV.

Arteta berkata, kemaraan ke suku akhir cukup penting buat The Gunners memandangkan mereka cuba untuk menamatkan penantian sejak sekian lama bagi menjulang trofi paling berprestij di Eropah itu.

“Kenapa kemaraan ke suku akhir sangat penting untuk kami? Kerana kami mahu menjadi juara dan kami perlu melepasi setiap halangan tersebut. Kami adalah pasukan yang sentiasa mahu bersaing dengan kelab-kelab terbaik dunia.

“Bagi merealisasikan impian itu, kami perlu sentiasa menang dan mara ke pusingan seterusnya. Ini adalah kali kedua berturut-turut kami layak ke suku akhir tetapi kali ini, kami mahu mara lebih jauh,” katanya.

Pada perlawanan itu, Arsenal menjaringkan dua gol menerusi Oleksandr Zinchenko dan Declan Rice, manakala gol pasukan pelawat dijaringkan Ivan Perisic dan Couhaib Driouech.

“Walaupun kami sudah menang selesa pada pertemuan pertama, tetapi saya masih mahu pemain-pemain kekalkan rentak agresif. Saya juga dapat gunakan peluang untuk melakukan penggiliran pemain,” ujar Arteta.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES