Thursday, July 30, 2026
HomeSUKANSukan Komanwel: Bintang Sukma Kini Juara Komanwel

Sukan Komanwel: Bintang Sukma Kini Juara Komanwel

KEJAYAAN memecahkan lapan rekod kebangsaan di pentas Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi pemangkin semangat buat Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan pingat emas kategori 88 kilogram (kg) lelaki pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel 2026.

Juara Sukma dari Perlis itu mengesahkan statusnya sebagai bintang baharu angkat berat negara apabila melakukan jumlah angkatan keseluruhan 345kg menerusi 162kg dalam acara snatch dan 183kg bagi clean and jerk untuk menghadiahkan emas keempat kontinjen negara.

Lebih manis, catatan 183kg dalam clean and jerk serta jumlah keseluruhan 345kg itu turut memecahkan rekod temasya, sekali gus mengesahkan dominasinya di pentas Komanwel.

Atlet berusia 22 tahun tersebut mengakui seakan-akan tidak percaya berjaya muncul juara pada penampilan sulungnya di Komanwel.

“Ia seperti satu mimpi buat saya. Saya tidak dapat bayangkan mampu memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada usia yang masih muda. Kejayaan ini memberikan saya keyakinan dan saya sangat bangga.

“Apapun, saya sedikit tidak berpuas hati terutama menerusi angkatan snatch pertama saya, jika diikutkan sangat ringan, tetapi saya tak tahu apa yang berlaku. Saya tak dapat tahan dan masa nak bangun badan saya bergoyang, jadi angkatan itu tak dikira,” katanya.

Mengulas sasaran jangka panjang, Hafizuddin berazam mempertahankan gelaran pada edisi Sukan Komanwel akan datang selain terus memperbaharui rekod temasya.

“Dalam tempoh empat tahun akan datang, saya mahu mempertahankan pingat emas ini dan mencipta lebih banyak rekod di Sukan Komanwel,” katanya.

Terdahulu, tiga lagi emas negara dalam acara angkat berat disumbangkan oleh Mohamad Aniq Kasdan (60kg), Muhamad Aznil Bidin (65kg) dan Muhammad Erry Hidayat (79kg), sekali gus menjadikan angkat berat penyumbang utama kejayaan Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kami Bersyukur Jatt Black Dog Bone Setuju Sertai Konsert’

0
KUALA LUMPUR – Selepas 28 tahun diterbitkan, kumpulan rock legenda XPDC Kita Peng Yu bakal merealisasikan konsert yang mengangkat semula kegemilangan album Metal 60-an...

CATEGORIES