Thursday, January 22, 2026
HomeSUKANPenalti Mbappe Hadiahkan Kemenangan Pertama Madrid

Penalti Mbappe Hadiahkan Kemenangan Pertama Madrid

MADRID: Kylian Mbappe menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika Real Madrid menewaskan Osasuna 1-0 awal pagi tadi untuk memulakan kempen La Liga dengan kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Xabi Alonso.

Penyerang Perancis itu, pemenang Kasut Emas Eropah musim lalu, menjaringkan gol pada awal babak kedua selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Osasuna, Juan Cruz.

Gol tunggal itu sudah memadai untuk memastikan kemenangan dalam penampilan sulung Alonso di Santiago Bernabeu, sekali gus mengekalkan rekod Madrid yang tidak pernah tewas dalam perlawanan pembukaan liga sejak tahun 2008.

Trent Alexander-Arnold membuat penampilan sulung La Liga selepas berpindah dari Liverpool, sementara bekas pertahanan Bournemouth, Dean Huijsen serta bek kiri Alvaro Carreras turut tersenarai dalam kesebelasan utama.

Namun begitu, Madrid beraksi tanpa khidmat pemain tengah England, Jude Bellingham yang dijangka berehat hingga Oktober selepas menjalani pembedahan bagi menangani masalah berulang pada bahunya.

Madrid kini mahu melupakan penutup era Carlo Ancelotti yang mengecewakan, selepas mereka kehilangan kejuaraan domestik dan Eropah musim lalu.

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe meraikan gol tunggal menerusi sepakan penalti ketika menentang Osasuna pada aksi La Liga di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. Real Madrid menang 1-0. – Foto AFPKylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti bagi gol tunggal kemenangan Real Madrid. – Foto AFP

Skuad Alonso terpaksa bersabar menentang Osasuna yang menamatkan saingan musim lalu di tangga kesembilan, dengan tuan rumah lebih banyak menguji dari jarak jauh menerusi percubaan Huijsen dan Eder Militao pada separuh masa pertama.

Penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera berjaya menafikan kedua-dua percubaan itu, manakala Mbappe pula gagal menyudahkan peluang selepas menerima hantaran Vinicius Junior sebelum satu lagi percubaannya tersasar.

Namun Mbappe akhirnya memecah kebuntuan enam minit selepas rehat apabila dia dijatuhkan Cruz ketika cuba melepasi kawalan pertahanan itu.

Mbappe, yang muncul penjaring terbanyak La Liga musim lalu dengan 31 gol dalam musim pertamanya di Sepanyol, tidak mensia-siakan peluang dari titik penalti apabila memperdayakan Herrera.

Alonso turut memberi peluang penampilan sulung kepada pemain sayap Argentina berusia 18 tahun, Franco Mastantuono pada pertengahan babak kedua ketika Madrid menguasai permainan dan jarang kelihatan terancam.

Osasuna menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Abel Bretones dilayangkan kad merah pada masa kecederaan kerana menghayunkan tangan untuk menghalang larian Gonzalo Garcia.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES