Wednesday, August 26, 2026
HomeHIBURANDaiyan Trisha Nafi Jadi Isteri Keempat Individu Bergelar Datuk

Daiyan Trisha Nafi Jadi Isteri Keempat Individu Bergelar Datuk

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha tergelak sebaik menyedari ada pihak mendakwa dirinya isteri keempat kepada individu bergelar Datuk.

Berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IGs), Daiyan atau nama sebenar, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, menjelaskan dia sudah tidak terganggu dengan gosip liar yang dilemparkan terhadapnya.

Entri Instagram Story (IGs) dimuat naik Daiyan selepas kecoh konon dia menjadi isteri keempat seorang individu bergelar Datuk. Foto IG Daiyan Trisha

“Kakak ‘reporter’ (wartawan) baru hubungi bertanya apakah Daiyan tahu pasal orang ramai petik nama Daiyan di TikTok yang Daiyan adalah isteri keempat kepada seorang Datuk.

“Saya hanya mampu tergelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempatlah dan dibela oranglah. Apa sahaja yang cuba menolak usaha keras saya selama ini (karier seni)… Itu sudah tidak mengganggu saya lagi!,” katanya.

Laman sembang kecoh konon seorang aktres popular didakwa sudah bergelar isteri keempat kepada jejaka bangsawan.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan aktres terbabit tidak diketahui. Namun, pasangan itu didakwa sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum berumah tangga.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Aina Abdul, Emas Yang Kita Perlu Jaga’ – Noh Salleh

0
KUALA LUMPUR – Dikatakan mengetengahkan paparan berunsur mengerikan, penyanyi Noh Salleh enggan mengambil peduli segala kecaman dan kritikan khalayak terhadap video muzik lagu Sang...

CATEGORIES