Tuesday, May 26, 2026
HomePERNIAGAANFresh Face 2025: 10 "Wajah Baru" KOL Lahir Dalam Industri

Fresh Face 2025: 10 “Wajah Baru” KOL Lahir Dalam Industri

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2025 — STAIL.MY meraikan kemuncak Fresh Face 2025 di The RuMa Hotel & Residences, menampilkan Top 10 finalis dan mengumumkan Top 3 pemenang edisi kali ini. Majlis kemuncak tahun ini diserikan dengan beauty workshop eksklusif bersama Barenbliss, persembahan memukau oleh artis Shalma Eliana, dan dikemudi penuh gaya oleh pengacara Shah Shamsiri.

Sejak diperkenalkan pada 2016, Fresh Face telah menjadi platform Malay Urban yang mengetengahkan bakat baharu dalam fesyen, kecantikan, gaya hidup, seni dan penciptaan kandungan. Sepanjang hampir satu dekad, program ini berjaya menghubungkan personaliti berpotensi tinggi dengan industri arus perdana melalui pendedahan editorial, kolaborasi jenama dan liputan media meluas.

“Fresh Face diwujudkan untuk memperkenalkan bakat baharu dan memberi mereka peluang menonjol sebagai influencer. Melalui platform ini, kami membantu mereka mengetengahkan bakat agar lebih mudah dilihat oleh jenama dan pengurusan bakat, sekali gus membuka jalan untuk mereka mengejar impian serta berkembang dalam bidang pilihan masing-masing.” — Merrissa Emilda, Founder/Creative Director STAIL.MY

Rakan Jenama & Sokongan Industri

Edisi 2025 ditaja enam jenama: The RuMa Hotel and Residences, TAG Heuer, Levi’s, barenbliss Malaysia, TROVE bersama Malay Perfumery, serta Truefitt & Hill. Sepanjang kempen, para finalis tampil dalam sesi penggambaran eksklusif STAIL.MY dengan gaya Levi’s dan jam tangan TAG Heuer; manakala sentuhan kecantikan disempurnakan oleh barenbliss, dan wangi-wangian eksklusif dibawakan oleh Malay Perfumery @ TROVE. The RuMa Hotel and Residences menjadi lokasi rasmi acara kemuncak, sementara Truefitt & Hill menambah sentuhan dandanan lelaki mewah untuk para peserta.

Wakil Penaja Truefitt & Hill
Wakil Penaja Levis
Wakil Penaja Trove

Bagi mengukuhkan lagi inisiatif ini, STAIL.MY turut berkolaborasi bersama rakan media – Murai Malaysia, Editorkini dan TheBeautyDesk – yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek Fresh Face 2025 serta memperluas impaknya kepada khalayak yang lebih luas.

Bakat & Alumni Terserlah

Sejak 2016, Fresh Face telah melahirkan nama-nama yang kini dikenali luas, antaranya pereka fesyen Brian Khoo, pencipta kandungan Lucas Lau, personaliti Hannah Delisha dan Ain Edruce, serta atlet renang negara Welson Sim. Tahun demi tahun, platform ini terus menjadi batu loncatan penting buat bakat-bakat baharu untuk menonjolkan diri, sekaligus mewakili wajah dan suara generasi masa kini.

Untuk melihat profil Fresh Face Alumni, layari: https://stail.my/category/fresh-face/

Mekanisme Pemilihan & Naratif Editorial

Proses pemilihan Fresh Face dikendalikan sepenuhnya oleh STAIL.MY dengan menilai pelbagai aspek utama — sikap, personaliti, penampilan, kualiti kandungan serta suntingan, tahap interaksi dengan pengikut dan juga jumlah pengikut di media sosial. Setiap finalis turut dipaparkan melalui siri temubual mendalam dan penggambaran kreatif di STAIL.MY, sebelum Top 3 diumumkan di acara kemuncak.

Pemenang Fresh Face 2025

  • Pemenang Pertama: Sheqin
    Karismatik dengan aura konten kreatif yang dekat dengan Gen Z, Sheqin menawan juri dengan personaliti versatil dan pendekatan autentik dalam membina komuniti digital.
    Article: Fresh Face 2025: Sheqin
    Instagram: @sheqins
    TikTok: @unnieqin
  • Pemenang Kedua: Marc Sadique
    Dikenali dengan gaya fesyen berani dan ekspresi seni yang unik, Marc Sadique membawa dimensi baharu dalam naratif gaya hidup urban.
    Article: Fresh Face 2025: Marc Sadique
    Instagram: @marcsadique
    TikTok: @marc.sadique
  • Pemenang Ketiga: Shelen
    Dengan pesona semula jadi dan minat mendalam terhadap kecantikan, Shelen mencerminkan aspirasi generasi muda yang yakin dan inklusif.
    Article: Fresh Face 2025: Shelen
    Instagram: @shelenning
    TikTok: @shelenning

TENTANG STAIL.MY

STAIL.MY ialah lifestyle online platform untuk komuniti Malay Urban, dengan fokus pada fesyen, kecantikan, gaya hidup dan budaya. Ia menawarkan liputan editorial, kandungan asli dan video eksklusif yang segar, aspiratif dan dekat di hati komuniti millennial serta Gen Z di Malaysia dan rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES