Friday, October 30, 2026
HomeSUKANMotoGP: Marquez Tawan Perlumbaan Pecut GP Thailand

MotoGP: Marquez Tawan Perlumbaan Pecut GP Thailand

BURIRAM, Thailand – Pelumba Sepanyol, Marc Marquez membuktikan tindakannya menyertai pasukan utama Ducati benar-benar berbaloi apabila menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.

Marquez yang memulakan perlumbaan di petak utama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan mengekalkan tunggangan terbaiknya dan tidak dicabar sepanjang perlumbaan.

Bekas pelumba Honda tersebut menjuarai perlumbaan tersebut dengan catatan 19 minit 35.005 saat (s) dan meninggalkan adiknya, Alex Marquez di tempat kedua dengan jurang 1.185s

“Sabtu yang sempurna dan saya rasa sangat baik dengan motosikal ini. Sangat gembira untuk memulakan perjalanan baru bersama Ducati dengan cara ini.

“Harap kami boleh sekurang-kurangnya berada di podium esok, tetapi jika boleh, kami akan berjuang untuk kemenangan,” kata Marquez sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga selepas ditekan sepanjang perlumbaan oleh pendatang baharu Trackhouse, Ai Ogura.

Pelumba VR46, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat kelima, sementara Pedro Acosta dari KTM meraih tempat keenam selepas Jack Miller (Pramac) terjatuh di Selekoh 8 ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan.

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo pula bangkit selepas permulaan perlahan untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Brad Binder (KTM) menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan.

Sumber -KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES