Wednesday, June 10, 2026
HomeSUKANMohamed Salah Sudah Jelas Destinasi Baharu Karier

Mohamed Salah Sudah Jelas Destinasi Baharu Karier

LIVERPOOL – Bekas bintang Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan bersedia meneruskan karier di Liga Pro Saudi selepas memberikan persetujuan awal terhadap tawaran yang diterimanya daripada salah sebuah kelab di negara itu.

Bagaimanapun, penyerang Mesir berusia 34 tahun itu difahamkan menetapkan beberapa syarat sebelum bersedia memeterai sebarang perjanjian rasmi.

Antara syarat utama yang dikemukakan ialah gaji serta pakej kewangan yang setimpal dengan status dan nilai komersialnya sebagai antara pemain paling berprofil tinggi dunia.

Selain itu, Salah juga mahu kontrak sekurang-kurangnya selama dua atau tiga musim bagi menjamin kestabilan pada fasa seterusnya dalam kariernya.

Pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah itu turut dilaporkan hanya berminat menyertai pasukan yang mempunyai projek kompetitif dan berupaya mencabar kejuaraan.

“Mohamed Salah telah memberikan persetujuan awal untuk beraksi di Liga Saudi, namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum perpindahan dapat dimuktamadkan.

“Dia mahu menerima ganjaran yang setimpal dengan statusnya selain kontrak jangka panjang bagi memastikan kestabilan karier,” menurut laporan tersebut.

Difahamkan, Salah turut meletakkan syarat bahawa kelab baharunya perlu memiliki cita-cita besar untuk memburu trofi dan bukan sekadar bersaing dalam liga domestik.

Salah meninggalkan Liverpool hujung musim lalu selepas sembilan tahun yang cukup gemilang di Anfield dengan rekod 257 gol dalam 442 penampilan selain membantu kelab itu meraih pelbagai kejuaraan utama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Penuhi Standard Kecantikan’ – Lagu Marsya Buat Arwah Sahabat

0
BAGAI hela nafas panjang yang sarat emosi, begitulah getar rasa terbit daripada jiwa seorang anak seni saat melahirkan karya pertama. Dalam dunia muzik tempatan yang...

CATEGORIES