Tuesday, September 22, 2026
HomeSUKANMikel Arteta Tak Kisah Arsenal Diejek Peminat

Mikel Arteta Tak Kisah Arsenal Diejek Peminat

SINGAPURA – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak kisah diejek gemar ‘membeli-belah’ pemain musuh setempat, Chelsea dalam usaha memperkasakan pasukan menjelang saingan musim baharu nanti.

Terbaharu, The Gunners mendapatkan khidmat pemain sayap Chelsea, Noni Madueke dengan nilai £52 juta (RM298.01 juta) meskipun sebahagian besar peminat Arsenal membantah keputusan tersebut.

Arteta berkata, beliau menganggap juara Eropah dua kali itu memiliki ramai pemain hebat sehingga menyebabkan pihak pengurusan Arsenal sentiasa mengintai peluang bagi mendapatkan pemain Chelsea.

“Keputusan Arsenal mendapatkan pemain-pemain Chelsea mungkin kerana mereka memiliki ramai pemain hebat. Bagaimanapun, kami sekarang hanya mahu fokus dengan pemain yang sudah dibawa masuk.

“Secara jujur, saya tidak kisah pemain itu dari pasukan mana sekali pun kerana apa yang paling penting adalah bakat mereka. Pembelian pemain Chelsea mungkin juga secara kebetulan,” katanya.

Setakat ini, ramai pemain Chelsea sudah berhijrah ke Stadium Emirates termasuk Madueke, Jorginho, Kai Havertz, serta beberapa pemain yang dianggap legenda seperti Willian, David Luiz dan Petr Cech.

“Buat masa ini, kami masih memantau pasaran pemain kerana kami memerlukan lebih ramai pemain menjelang musim depan. Pemain-pemain baharu mampu menjadi nilai tambah buat pasukan,” ujar Arteta.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES