Friday, October 30, 2026
HomeSUKANMalaysia Jumpa Cape Verde Aksi Persahabatan Antarabangsa

Malaysia Jumpa Cape Verde Aksi Persahabatan Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mendapat lawan berkualiti dalam rangka persiapan Kelayakan Piala Asia 2027 selepas dijadual bertemu pasukan yang berada dalam ranking 100 terbaik dunia di laman sendiri, hujung bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad bimbingan Peter Cklamovski akan berentap dengan pasukan di ranking ke-72 dunia, Cape Verde pada aksi persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 29 Mei ini.

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertembung dan peluang melawan pasukan di ranking lebih baik pasti membantu Cklamovksi mengatur perancangan lebih mantap sebelum menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 10 Jun ini.

Malah, kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada perlawanan berstatus perlawanan latihan yang akan diadakan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional pada 3 Jun.

Sebagai rekod, aksi menentang Vietnam amat penting memandangkan pasukan yang berada di ranking ke-109 dunia itu menjadi pencabar terkuat Malaysia dalam Kumpulan F.

Kedua-dua pasukan membuka kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan cemerlang apabila Malaysia menewaskan Nepal 2-0 manakala Vietnam membenam Laos 5-0.

Kelebihan jaringan menyaksikan Vietnam mendahului Malaysia dalam Kumpulan F meskipun masing-masing menghimpun tiga mata.

Aksi Kelayakan Piala Asia lebih sukar memandangkan hanya juara kumpulan akan mendapat slot ke pusingan akhir di Arab Saudi.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES