Wednesday, April 22, 2026
HomeSUKANKejayaan Bersejarah Grimsby Selepas 74 Tahun

Kejayaan Bersejarah Grimsby Selepas 74 Tahun

LONDON – Penjaga gol Grimsby Town, Christy Pym mengakui ralat untuk meraikan kemenangan dramatik pasukannya ke atas Manchester United pada pusingan kedua Piala EFL kerana mendedahkan dirinya adalah penyokong tegar The Red Devils.

Pada perlawanan di Blundell Park awal pagi semalam, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 dalam tempoh 90 minit sebelum tuan rumah Grimsby melakar kemenangan bersejarah menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 12-11.

Kata Pym, barisan pemain seperti tidak percaya mereka berjaya menyingkirkan United kerana ia adalah sesuatu di luar jangkaan memandangkan status pasukannya yang beraksi di divisyen keempat England.

“Kami masih tidak dapat menerima realiti dan secara peribadi, saya agak berbelah bahagi untuk meraikan kemenangan ini kerana saya adalah peminat sejati United.

“Namun, inilah lumrah bola sepak dan sukan ini sukar dijangka. Saya hanya menyelamatkan satu sepakan penalti tetapi pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras sepanjang perlawanan,” katanya.

Penyerang Grimsby, Charles Vernam mengakui barisan pemain berjaya melakar sejarah baharu untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala EFL dengan menyingkirkan juara edisi 2023 itu.

“Semua pemain agak berdebar pada penentuan penalti tetapi kami berjaya manfaatkan setiap sepakan yang diambil. Pasukan mendengar arahan taktikal yang diterapkan sehingga tidak beri laluan mudah buat United,” katanya.

Kali terakhir Grimsby menewaskan United pada 11 Oktober 1947 dengan keputusan 4-3 yang mana ketika itu The Red Devils dikendalikan oleh Sir Matt Busby.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES