Friday, October 2, 2026
HomeHIBURAN‘Dah 2026, Masih Dapat Pertanyaan, Boleh Ke Tanggal Tudung’

‘Dah 2026, Masih Dapat Pertanyaan, Boleh Ke Tanggal Tudung’

PETALING JAYA – Pengacara popular, Uyaina Arshad berasa pelik apabila masih mendapat pertanyaan sama ada boleh atau tidak menanggalkan hijab untuk mengacarakan sebarang acara atau program.

Perkara tersebut didedahkan, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, dalam akaun Threads, sekali gus menarik perhatian ramai.

“2026 dan saya masih mendapat pertanyaan seperti ini, Uyaina boleh tanggal tudung untuk mengacarakan majlis ini?

“Jika mahukan pengacara yang tak bertudung, punyalah ramai pengacara di Malaysia yang tak bertudung yang bagus. Kenapalah tanya soalan macam ni,” tulisnya.

Tambah Uyaina, perkara tersebut baru sahaja berlaku kepadanya semalam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut kesal dengan permintaan pihak penganjur yang mahukan bekas pengacara Nona itu membuka tudung.

“Tak boleh bayangkan Uyaina tanpa tudung. Berani dia ya,” komen netizen.

Untuk rekod, Uyaina memulakan kerjayanya sebagai pengacara di Malaysia selepas menjuarai pertandingan PencariSaidatul Naseha Uyaina Arshadan Nona Manis anjuran TV3 pada tahun 2015.

Dia juga pernah bergelar juara pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menewaskan 17 peserta dari enam buah negara termasuklah Indonesia, Singapura, Turki, Brunei dan Timor Leste.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Penampang, Tiga Lokasi Terjejas

0
PENAMPANG - Seramai 30 penduduk dari tiga lokasi di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang malam tadi selepas kediaman...

CATEGORIES