Friday, October 2, 2026
HomeBERITASKS Mart Pandan Kembali Dibuka, Mendekatkan Kemudahan Harian Dengan Komuniti

SKS Mart Pandan Kembali Dibuka, Mendekatkan Kemudahan Harian Dengan Komuniti

JOHOR BAHRU, 1 OKTOBER 2026 – SKS Mart Pandan hari ini membuka pintunya secara rasmi, menandakan kembalinya destinasi kejiranan yang sudah dikenali masyarakat setempat selepasmenjalani pembangunan semula selama tiga tahun. Berwajah baharu dan berpaksikan keperluanharian komuniti, pusat beli-belah ini menghimpunkan barangan runcit, keperluan rumah, pilihantempat makan, produk kesihatan dan kecantikan serta perkhidmatan gaya hidup di satu lokasi yang mudah dikunjungi.

Terletak dalam pembangunan bercampur Pandan City di Johor Bahru, SKS Mart Pandan memenuhikeperluan penduduk Pandan dan kawasan kejiranan sekitarnya, termasuk mereka yang bekerja ataumelalui kawasan ini. Pusat beli-belah ini menawarkan ruang niaga untuk disewa seluas kira-kira83,318 kaki persegi, disokong kemudahan tempat letak kereta yang luas serta akses jalan raya yang mudah.

SKS Mart Pandan Aerial View

Destinasi kejiranan untuk keperluan setiap hari

Lebih 50 penyewa kini melengkapkan pilihan beli-belah dan gaya hidup di SKS Mart Pandan, diterajui penyewa utama Hwa Thai Supermart, MR.DIY dan Lepak Corner. Antara nama lain yang turut hadir ialah Great Zone / Horeca Hub dan Watsons, di samping BIG Pharmacy, Lawa Lawa Spa, Mystique Catz, RC Racing Toys City serta pelbagai lagi.

Gabungan penyewa ini dipilih dengan mengambil kira keperluan dan rutin harian masyarakat, samaada untuk membeli barangan dapur, mencari kelengkapan rumah, singgah menjamu selera, mendapatkan keperluan di farmasi, meninjau barangan yang berguna atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

“Hari ini, kami mengalu-alukan kepulangan komuniti ke SKS Mart Pandan. Selepas tiga tahunpembangunan semula, kami gembira dapat membuka semula destinasi kejiranan ini dengan wajahbaharu yang menepati keperluan harian masyarakat. Kami mahu menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan yang lebih baik dan tempat yang selesa untuk mereka kunjungi selalu,” kata Clement Chan, Pengurus Kompleks SKS Mart Pandan.

Clement Chan (centre in black shirt) together with SKS Mart Pandan’s main tenants and first family visitor.png

Sepanjang tempoh pembukaan, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi dan tawaran istimewadaripada penyewa yang mengambil bahagian. Hwa Thai Supermart, salah satu penyewa utama pusatbeli-belah ini, turut menawarkan promosi pembukaan serta harga berbaloi bagi pilihan barangan runcitdan keperluan rumah, memberi lebih banyak sebab kepada pengunjung untuk singgah membeli-belahdan menambah bekalan harian.

Chan menambah, “Matlamat kami mudah: menjadi tempat yang memenuhi keperluan, mudahdikunjungi dan mesra pengunjung. Kami mahu SKS Mart Pandan menjadi tempat anda singgah untukmembeli satu barang, kemudian menjamu selera, menemui sesuatu yang menarik dan berasa senanguntuk datang lagi. Itulah peranan sebuah pusat beli-belah kejiranan.”

Fantasia Food Fest meriahkan pembukaan dengan empat hari sajian dan hiburan

Sambutan pembukaan diteruskan dengan Fantasia Food Fest yang bermula hari ini hingga 4 Oktober 2026. Menghimpunkan lebih 70 peniaga makanan, festival ini berlangsung setiap hari dari pukul11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, membawakan suasana santai untuk keluarga, rakan-rakan dan pengunjung sepanjang hujung minggu pembukaan.

Persembahan langsung turut memeriahkan hujung minggu dengan penampilan artis Malaysia, iaituK.O.I pada Jumaat, 2 Oktober; MK K-Clique pada Sabtu, 3 Oktober; serta Den Manjo & Eda Ezrin pada Ahad, 4 Oktober.

Dengan pembukaannya semula, SKS Mart Pandan kembali menjadi sebahagian daripada kehidupanmasyarakat setempat, berteraskan hasrat untuk mendekatkan kemudahan dan keseronokan hariandengan kediaman mereka. Daripada membeli barangan dapur dan mengurus keperluan harian hinggamenjamu selera, menemui sesuatu yang menarik serta meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, semuanya kini lebih dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Penampang, Tiga Lokasi Terjejas

0
PENAMPANG - Seramai 30 penduduk dari tiga lokasi di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang malam tadi selepas kediaman...

CATEGORIES