Friday, October 2, 2026
HomeSUKANPiala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

Piala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Pada perlawanan yang menentukan juara Kumpulan A itu, masa tambahan aksi Indonesia menentang Bangladesh yang pada awalnya dipaparkan selama dua minit kemudian berubah kepada tujuh minit.

FAM memandang serius perkara berkenaan dan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas serta prosedur yang membawa kepada perubahan tersebut.

Menurut FAM, pengurusan masa permainan merupakan elemen penting bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung secara adil, telus dan mengikut peraturan pertandingan.

“FAM ingin menegaskan bahawa pengurusan masa perlawanan merupakan aspek penting dalam memastikan setiap perlawanan berlangsung secara adil, telus dan selaras dengan peraturan pertandingan yang ditetapkan.

“FAM turut berpandangan bahawa perkara ini wajar diberikan perhatian sewajarnya memandangkan perlawanan tersebut melibatkan persaingan untuk menentukan kedudukan akhir Kumpulan A, sekali gus memberi kesan kepada penentuan pasukan yang layak ke final.

“Justeru, FAM menggesa FIFA supaya menjalankan penelitian terhadap insiden berkenaan dan memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan, termasuk sama ada perubahan tempoh masa tambahan tersebut telah dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, FAM menegaskan permohonan tersebut bukan cubaan untuk mempertikaikan keputusan perlawanan atau pencapaian mana-mana pasukan.

Sebaliknya, ia bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi mengenai proses dan prosedur pengadilan supaya persoalan yang timbul dapat diperjelaskan dan tidak menimbulkan kekeliruan.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura 6-0 manakala Indonesia pula meraih dua jaringan pada masa kecederaan untuk menang 9-2 ke atas Bangladesh.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Penampang, Tiga Lokasi Terjejas

0
PENAMPANG - Seramai 30 penduduk dari tiga lokasi di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang malam tadi selepas kediaman...

CATEGORIES