Friday, October 2, 2026
HomeBERITA30 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Penampang, Tiga Lokasi Terjejas

30 Mangsa Dipindahkan Akibat Banjir Di Penampang, Tiga Lokasi Terjejas

PENAMPANG – Seramai 30 penduduk dari tiga lokasi di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang malam tadi selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Mangsa terdiri daripada 14 penduduk kawasan Loji Rawatan Air Kasigui; 10 penduduk Kampung Penampang Proper dan enam lagi dari Kampung Kibabaig.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan, berkata operasi pertama dijalankan di belakang Loji Rawatan Air Kasigui selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.38 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati 14 mangsa terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita dewasa serta enam kanak-kanak memerlukan bantuan untuk keluar dari kawasan terjejas.

“Semua mangsa berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Penampang dan operasi tamat jam 11.45 malam.

“Pada masa sama, satu lagi pasukan digerakkan ke Kampung Penampang Proper selepas menerima laporan pada jam 10.40 malam.

“Ia bagi membantu memindahkan 10 mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita dewasa serta enam kanak-kanak,” katanya.

Zeo berkata, operasi pemindahan diteruskan di Kampung Kibabaig, selepas menerima laporan pada jam 12.14 tengah malam.

“Seramai enam mangsa terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki berjaya dipindahkan ke PPS sama menjadikan keseluruhannya, seramai 30 mangsa dipindahkan dari kawasan terjejas,” katanya.

Operasi membabitkan anggota BBP Penampang menggunakan jentera dan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selain bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis bagi operasi di Kasigui.

Semua mangsa berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Penampang dan operasi tamat jam 11.45 malam.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Piala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

0
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan...

CATEGORIES