Friday, October 2, 2026
HomeSUKANGP Bahrain: Verstappen Terkenang Nostalgia Sepang

GP Bahrain: Verstappen Terkenang Nostalgia Sepang

SEPANG – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Max Verstappen menyuarakan rasa teruja menjelang Grand Prix (GP) Bahrain yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad ini.

Lebih menarik, Verstappen merupakan pelumba yang memenangi perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Malaysia pada 2017 sebelum Malaysia mengambil keputusan untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan tersebut.

Pelumba Red Bull itu berkata, dia seolah-olah ‘sesat’ seketika apabila melangkah masuk ke Litar Sepang kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke litar yang dianggap antara terbaik di dunia itu.

“Secara jujur, ketika saya melangkah masuk ke ‘paddock’ hari ini, saya tidak tahu nak menuju ke mana kerana sudah lama tidak datang ke sini. Saya gembira setiap kali berlumba di sini kerana rekaan litarnya.

“Ia bukan satu litar yang mudah kerana cuaca cukup panas dan membuatkan pelumba tidak senang duduk. Memang kami akan berdepan kesukaran, terutamanya secara fizikal ketika berlumba nanti,” katanya pada sidang media di SIC hari ini.

ORANG ramai mula membanjiri Litar Sepang bagi merasai sendiri kehangatan perlumbaan F1. – ASWAD YAHYA

Sebagai rekod, Verstappen berada dalam lipatan sejarah SIC apabila menjadi pelumba terakhir memenangi GP Malaysia menewaskan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dan rakan sepasukan, Daniel Ricciardo.

Sementara itu, dia juga percaya semua pelumba mungkin memerlukan sedikit masa bagi menyesuaikan diri dengan selok-belok serta keadaan litar sebelum perlumbaan sebenar berlangsung Ahad ini.

“Saya memiliki memori yang sangat baik di sini tetapi saya perlu kembali menyesuaikan diri dengan keadaan litar. Bagi saya, terlalu lama kami tidak datang dan berlumba di Sepang,” ujar Verstappen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azizulhasni Awang Mara Ke Separuh Akhir Acara Pecut Individu Sukan Asia

0
NAGOYA - Datuk Azizulhasni Awang mara ke separuh akhir acara pecut individu lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya. Azizulhasni yang mencatat masa ketiga terpantas dalam pusingan...

CATEGORIES