Thursday, November 19, 2026
HomeHIBURANAwal Ashaari 'Larang' Anaknya Lara Dan Lyla Untuk Ikut Jejaknya Jadi Artis

Awal Ashaari ‘Larang’ Anaknya Lara Dan Lyla Untuk Ikut Jejaknya Jadi Artis

KUALA LUMPUR – Kehidupan sebagai selebriti tidak semestinya menjamin kestabilan pendapatan dan masa depan, terutama apabila populariti serta tawaran kerja berubah mengikut keadaan industri hiburan.

Menyedari hakikat itu selepas lebih dua dekad bergelumang dalam industri seni, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, tidak menggalakkan kedua-dua anaknya, Lara Alana dan Lyla Amina, menjadikan bidang seni sebagai pilihan kerjaya apabila dewasa kelak.

Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 44, berkata, beliau turut berkongsi dengan anak-anak mengenai cabaran yang perlu dihadapi penggiat seni, khususnya dari segi kestabilan pendapatan dan perancangan kewangan untuk masa depan.

Katanya, pendedahan mengenai realiti kehidupan sebagai selebriti itu penting supaya anak-anak tidak hanya melihat sisi glamor dunia hiburan tanpa memahami cabaran di sebaliknya.

“Anak saya sudah kena ‘brainwash’. Kadang-kadang mereka cakap nak jadi pelakon macam Scha, tetapi Scha kata jangan jadi artis kerana artis tidak banyak duit.

“Namun, kadang-kadang perkara ini bergantung kepada rezeki dan nasib. Dalam Malaysia, bukan saja soal bakat, tetapi turut disertai rezeki dan nasib.

“Kalau nasib awak baik, orang kata untung sabut timbul. Kalau dia tenggelam, macam mana nak timbul? Susah,” katanya.

Awal berkata, populariti seseorang selebriti juga tidak semestinya menjamin kelangsungan kerjaya apabila jumlah tawaran boleh berubah mengikut keadaan serta penerimaan masyarakat.

Katanya, berbeza dengan pekerjaan lain yang menyediakan skim persaraan dan pencen, penggiat seni perlu lebih berdisiplin mengurus kewangan serta membuat persediaan sendiri bagi menghadapi hari tua.

“Kehidupan sebagai selebriti ini tidak menentu. Kalau ketika itu tengah ‘meletup’, tawaran memang banyak. Tetapi apabila populariti mula suam-suam, tawaran akan berkurangan. Jadi, memang tiada jaminan.

“Orang lain apabila sudah berumur, mereka boleh fikir untuk bersara kerana mempunyai banyak wang simpanan dan pencen. Kalau selebriti, kena carum sendiri, itu pun kalau ada yang beringat.

“Kalau tidak beringat, ketika sedang gembira, berjoli-joli, tiba-tiba apabila sudah ‘down’, tiada apa-apa.

“Daripada situlah saya rasa anak-anak kalau boleh, carilah pekerjaan yang boleh menjamin masa depan. Bukan nak kata industri kita tidak menjamin, tetapi semuanya bergantung kepada rezeki dan nasib,” ujarnya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tiga Bulan Koma, Petinju Lee Reeves Meninggal Dunia Pada Usia 31...

0
Dunia sukan tinju diselubungi kesedihan apabila petinju profesional Ireland, Lee Reeves dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas hampir tiga bulan berada dalam...

CATEGORIES