Saturday, June 13, 2026
HomeSUKANIsu Tungakkan Gaji, Mbappe mahu saman PSG

Isu Tungakkan Gaji, Mbappe mahu saman PSG

MADRID – Penyerang baharu Real Madrid, Kylian Mbappe sudah bersedia untuk menyaman bekas kelab, Paris Saint-Germain (PSG) berhubung tunggakan gaji €80 juta (RM407.44 juta) yang belum dibayar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Fayza Lamari selepas mereka seolah-olah sudah bosan untuk menunggu pasukan Ligue 1 berkenaan menghormati kontrak yang ditandatangani dua tahun lalu.

Beliau berkata, tidak ada sesiapa tahu secara terperinci mengenai apa yang berlaku dalam setiap perjumpaan dibuat memandangkan Mbappe sering pergi secara berseorangan bertemu dengan presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi.

“Sekiranya kami tidak ada pilihan lain, memang kami akan melakukannya (saman). Bagaimanapun, buat masa ini, harapan kami adalah supaya PSG menghormati kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

“Janganlah kita meletakkan kesalahan ke atas Mbappe kerana tidak ada orang yang tahu isi pertemuan kerana dia sentiasa berjumpa presiden (Al-Khelaifi) sebelum ini secara berseorangan,” katanya.

Difahamkan, PSG tidak akan berganjak dengan keputusan enggan melunaskan hutang tersebut kerana mendakwa Mbappe sudah bersetuju untuk tidak menuntut hutang itu bagi memastikan dia dapat menyertai Real.

“Buat masa ini, perkara tersebut diuruskan wakil Mbappe, namun saya percaya PSG akan memastikan situasi ini kembali seperti biasa. Kami baru sahaja menerima surat daripada mereka dan keputusan akan dibuat nanti,” ujar Lamari. – AGENSI

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES