Saturday, October 10, 2026
HomeHIBURANArtis Dinilai Pada Karya , Bukan Isu Peribadi - Zahiril Adzim

Artis Dinilai Pada Karya , Bukan Isu Peribadi – Zahiril Adzim

KUALA LUMPUR – Isu peribadi seseorang artis tidak sepatutnya menjadi ukuran terhadap kemampuan mereka dalam menjayakan sesuatu watak, kata pelakon Zahiril Adzim.

Menurut Zahiril, orang ramai sememangnya mempunyai hak untuk memboikot sesebuah pementasan, namun perkara itu tidak seharusnya menjejaskan penilaian terhadap kebolehan seorang pelakon di atas pentas.

Sebagai pemain pentas dan alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), beliau berpendapat kehidupan peribadi pelakon wajar diketepikan ketika menilai kesesuaian mereka membawa sesuatu watak.

“Saya tidak salahkan netizen. Kalau mereka fikir mahu boikot, itu hak mereka. Mungkin ada sebab yang kuat hingga mereka bertindak demikian, terutama jika isu berkenaan menyentuh kehidupan peribadi mereka.

“Sebagai pemain pentas, bagi saya, kisah peribadi seseorang itu perlu kita ketepikan. Bukan bermaksud kita bersetuju dengan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi apabila memainkan watak, kita perlu melihat apa yang ada pada seseorang pelakon dan sama ada ia sesuai atau tidak.

“Apa pun, kita sebagai pengkarya dan pemain pentas perlu memberi yang terbaik untuk membuktikan dakwaan atau tanggapan yang dilemparkan itu tidak benar,” katanya.

Zahiril berkata, pemilihan pelakon untuk teater muzikal Mansur & Liu seperti yang hangat diperkatakan, perlu dinilai berdasarkan aspek profesionalisme, selain kesesuaian dengan karakter yang ditawarkan.

Tambahnya, pemilihan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai Sultan Mansur oleh pengarah pementasan, Datuk M Nasir, pastinya dibuat berdasarkan pertimbangan serta kriteria tertentu.

“Saya percaya kepada ilmu sifu (M Nasir). Beliau mesti ada sebab dan kriteria yang dilihat pada pelakon yang dipilih.

“Ketika itu, sebenarnya, saya juga dipanggil untuk menghadiri uji bakat, tetapi tidak dapat pergi kerana jadual agak padat. Dari situ, saya nampak proses pemilihan pelakon ini bukan sesuatu yang dibuat secara main-main.

“Memang M Nasir mengendalikan proses itu dari awal hingga akhir. Kalau dia sudah memilih pelakon berkenaan, maknanya mungkin itulah pilihan yang dirasakan paling sesuai,” katanya.

Zahiril percaya Aliff memiliki ciri yang diperlukan untuk menjayakan watak Sultan Mansur Shah, selain mempunyai kelebihan sebagai penyanyi.

“Dia penyanyi dan ada jambang. Saya tengok dia pun macam ‘style’. Dia ada figura itu.

“Kelebihan paling besar, saya fikir dia boleh menyanyi. Jadi, okay sahaja pada saya,” katanya.

Zahiril turut menyambut baik kemunculan semula beberapa produksi berskala besar seperti Mansur & Liu dan Puteri Gunung Ledang (PGL) yang disifatkannya mampu memeriahkan kembali dunia teater tempatan.

“Saya sebenarnya menunggu untuk teater bangkit semula di Malaysia. Sejak Istana Budaya diubah suai, mungkin suasana sedikit suram.

“Waktu PGL yang terdahulu, ketika itu memang meriah. Saya sendiri pergi menonton ketika masih belajar di ASWARA.

“PGL adalah satu karya yang kami sebagai pelajar teater pandang tinggi. Tetapi kita jangan lupa dengan teater kecil.

“Kumpulan teater kecil ini juga menghasilkan naskhah yang menarik dan membawa isu yang dekat dengan masyarakat,” katanya.

sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Selangor Tangguh Sambutan Hari Sukan Negara Susulan Jerebu

0
SHAH ALAM - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat negeri dan daerah di seluruh Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan susulan keadaan jerebu...

CATEGORIES