Friday, October 30, 2026
HomeSUKANViktor Gyokeres Tolak United Demi Arsenal

Viktor Gyokeres Tolak United Demi Arsenal

LISBON – Hasrat Manchester United untuk mendapatkan Viktor Gyokeres dilihat hampir tertutup selepas penyerang Sporting Lisbon itu menyifatkan penghijrahan ke Arsenal sebagai perpindahan impian.

United sebelum ini dilaporkan mengadakan perbincangan awal untuk membawa masuk pemain berusia 27 tahun itu, namun wakil Gyokeres difahamkan telah memaklumkan kepada pihak kelab dia tidak berminat ke Old Trafford.

Sebaliknya, penyerang Sweden itu lebih cenderung menyertai Arsenal yang bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

The Red Devils yang menamatkan saingan di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tewas dalam final Liga Europa, kini sedang melalui fasa pembinaan semula, namun tidak akan beraksi di pentas Eropah musim depan.

Meskipun United masih belum menutup pintu rundingan, peluang untuk meyakinkan Gyokeres dilihat tipis selepas beberapa faktor utama yang menjejaskan daya tarikan mereka terhadap pemain berprofil tinggi.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada pengurus Arsenal, Mikel Arteta menganggap Gyokeres sebagai sasaran utama di bahagian serangan tengah memandangkan beliau lebih meminati bintang muda RB Leipzig, Benjamin Sesko yang berusia 22 tahun.

Sporting meletakkan nilai sekitar €80 juta (RM391 juta) ke atas Gyokeres bagi mana-mana kelab yang ingin mendapatkan khidmatnya musim panas ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES