Thursday, March 12, 2026
HomeSUKANSelepas Alexander-Arnold, Real Madrid Intai Konate Pula

Selepas Alexander-Arnold, Real Madrid Intai Konate Pula

MADRID: Real Madrid kini mengalih tumpuan kepada pemain pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate selepas berjaya melengkapkan perpindahan percuma Trent Alexander-Arnold ke Santiago Bernabeu.

Konate, 27, kini memasuki tahun terakhir dalam kontraknya bersama Liverpool dan dilaporkan enggan menandatangani kontrak sambungan.

Situasi itu membuka peluang buat Real Madrid untuk mengulangi pendekatan sama seperti kes Alexander-Arnold – mendapatkan pemain secara percuma apabila kontraknya tamat pada musim panas 2026.

Menurut laporan Marca, Real Madrid menyenaraikan nama Konate sebagai antara sasaran utama dalam perancangan jangka panjang untuk barisan pertahanan mereka dan dijangka memantau perkembangan kontrak pemain itu hingga Januari 2026 – tarikh yang mana kelab luar England boleh memulakan rundingan prakontrak secara sah.

Pengendali baharu Real, Xabi Alonso dikatakan melihat Konate sebagai pilihan ideal untuk memperkukuh benteng pertahanan, memandangkan dua tonggak utama pasukan ketika ini – David Alaba dan Antonio Rudiger – masing-masing berusia 32 tahun dan semakin menghampiri penghujung karier mereka.

Konate dijangka akan digandingkan bersama pemain muda seperti Dean Huijsen (20 tahun), yang dibeli dari Bournemouth bulan lalu dengan nilai sekitar £50 juta (RM287 juta).

Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai Liverpool dari RB Leipzig pada 2021 dengan nilai perpindahan sekitar £36 juta (RM206 juta).

Namun, prestasinya sejak kebelakangan ini sering terganggu oleh masalah kecergasan serta saingan sengit daripada pemain lain seperti Virgil van Dijk dan Jarell Quansah.

Walaupun tiada rundingan rasmi dilaporkan setakat ini, Real Madrid tidak dijangka terburu-buru, sebaliknya lebih selesa menunggu sehingga Konate benar-benar bebas kontrak – selaras dengan strategi mereka mengelak membayar yuran perpindahan.

Pendekatan ini turut menyaksikan kelab Sepanyol itu berjaya membawa masuk pemain berprofil tinggi secara percuma sebelum ini, antaranya Kylian Mbappe, Rudiger dan kini Alexander-Arnold.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES