Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANEPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada perlawanan itu, bintang baharu The Citizens, Omar Marmoush mempamerkan sentuhan berbisa apabila meledak hatrik dalam tempoh 13 minit, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh pemain muda, James McAtee.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, beliau tidak terkejut dengan aksi ditampilkan Marmoush kerana sudah tahu kemampuan dimiliki pemain antarabangsa Mesir itu ketika mendapatkan khidmatnya daripada Eintracht Frankfurt.

“Memang kami sudah tahu (kemampuan Marmoush) kerana ketika beraksi di Jerman bersama Frankfurt, dia memiliki jumlah (gol) yang cukup banyak. Sentuhan penyudah itu memang sudah ada, cuma menunggu masa sesuai.

“Pada aksi Piala FA sebelum ini, dia memiliki banyak peluang tetapi tidak dapat jaringkan gol, jadi kali ini memang rezekinya. Saya harap dia mampu berdepan setiap pujian yang diberikan,” katanya.

Bagaimanapun, City terpaksa membayar harga cukup mahal untuk kemenangan itu apabila penyerang utama, Erling Haaland terpaksa dikeluarkan pada penghujung perlawanan selepas mengalami kecederaan lutut.

Walaupun tahap kecederaan itu masih belum disahkan, namun Guardiola bimbang kerana City berkemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat Haaland pada aksi timbal balik playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid awal pagi Khamis ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES