Wednesday, April 22, 2026
HomeSUKANEPL: Jack Grealish Mahu Ikut Jejak Wayne Rooney, Paul Gascoigne

EPL: Jack Grealish Mahu Ikut Jejak Wayne Rooney, Paul Gascoigne

LIVERPOOL – Jack Grealish mendedahkan dua legenda Everton, Paul Gascoigne and Wayne Rooney sebagai punca utama untuk memilih berhijrah ke kelab The Toffees secara pinjaman daripada kelab Manchester City.

Lebih menarik, Grealish membuat pilihan untuk menyarung jersi nombor 18 seperti yang dilakukan oleh Gascoigne dan Rooney ketika bergelar pemain profesional bersama Everton sebelum ini.

Menurut Grealish, No. 18 cukup istimewa kerana pernah disarung oleh dua pemain paling berpengaruh kelab iaitu Rooney dan Gascoigne yang menjadi idola ketika usia kanak-kanak sebelum ini.

“Ada sebab saya pilih No. 18 kerana ada dua pemain England kegemaran saya iaitu Rooney dan Gascoigne.

“Apa yang dipamerkan oleh Gascoigne ketika Euro 1990 dan Rooney ketika Euro 2004 sangat memberikan kesan terhadap saya.

“Selepas melengkapkan perpindahan dan pengurusan maklumkan nombor jersi yang ada, saya maklumkan hanya mahu No. 18 dan harap dapat berikan yang terbaik nanti,” katanya.

Grealish yang pernah menjadi pemain termahal England ketika berhijrah ke City pada 2021 dijangka membuat debut pertama bersama Everton ketika bertemu Leeds United di Elland Road pada awal pagi Selasa depan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES