Friday, July 24, 2026
HomeHIBURAN‘Masih Impikan Pasangan Benar-Benar Cinta, Kenal Saya’ - Amelia Henderson

‘Masih Impikan Pasangan Benar-Benar Cinta, Kenal Saya’ – Amelia Henderson

PETALING JAYA – Pernah melalui episod pahit perkahwinan pertama, pelakon Amelia Henderson mengakui hatinya masih terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga sekiranya dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar memahami dirinya.

Ujar Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 30, pengalaman lalu tidak pernah memadamkan impian untuk menikmati kehidupan berkeluarga bersama pasangan yang mampu menerima dirinya seadanya.

“Seratus peratus. Saya rasa saya masih seorang wanita yang mempunyai impian. Dalam dunia yang ideal, sudah tentu saya mahu bertemu pasangan yang benar-benar mencintai, memahami dan sentiasa berada di sisi saya.

“Bekerja dalam industri hiburan yang sentiasa menjadi perhatian umum memang mencabar.

“Namun apabila pulang ke rumah, kita tahu ada seseorang yang benar-benar mengenali diri kita lebih daripada orang lain. Saya masih percaya perkara itu dan masih menginginkannya,” katanya dalam sebuah program audio siar.

Tambah bintang filem Magik Rompak Itu, pengalaman perkahwinan terdahulu banyak mengajar dirinya mengenai kepentingan keserasian dan komunikasi dalam sesebuah hubungan.

“Saya sedar tiada apa yang lebih mencabar daripada berada dalam sebuah perkahwinan apabila kedua-duanya sudah berusaha sedaya upaya, tetapi masih tidak dapat memahami antara satu sama lain.

“Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada perkara itu. Saya sanggup mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali tingkah laku seseorang supaya saya benar-benar memahami dirinya, begitu juga dia memahami saya,” ujarnya.

Paling penting katanya, kasih sayang sahaja tidak memadai sekiranya pasangan gagal memahami keperluan emosi antara satu sama lain.

“Jika saya berkahwin lagi pada masa depan, saya mahu bersama seseorang yang benar-benar saya yakin mampu membina hubungan berkekalan dan saya tidak perlu lagi berasa sunyi dalam sebuah perkahwinan.

“Bagi saya, tiada apa yang lebih menyedihkan daripada berasa sunyi walaupun sudah bergelar suami isteri,” luahnya.

Untuk rekod, Amelia pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Dato’ Indera Tunku Harrunnarrassheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berakhir selepas tiga tahun apabila mereka sah bercerai pada 2018 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Campur Urusan Anak Menantu, Saya Mentua Dari Syurga’ – Che...

0
PETALING JAYA – Bukan jenis gemar mencampuri urusan rumah tangga anak, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui lebih selesa menjadi ibu mentua santai...

CATEGORIES