Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANEPL: Elon Musk Berminat Beli Liverpool

EPL: Elon Musk Berminat Beli Liverpool

TEXAS – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk dikatakan berminat untuk memiliki pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool yang sedang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Perkara itu disahkan sendiri bapanya, Errol Musk bahawa pemilik laman sosial X berkenaan ada menyuarakan hasrat untuk mengambil alih The Reds kerana menganggap pasukan itu dekat di hatinya.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu masih belum ada asas yang kukuh memandangkan Elon sekadar menyuarakan hasrat berkenaan atas dasar nenek dan saudara-maranya dilahirkan di Liverpool.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana mereka mungkin akan menaikkan harga. Memang benar beliau ada menyatakan hasrat tersebut, namun tidak semestinya perlu membeli pasukan itu.

“Neneknya dilahirkan di Liverpool, begitu juga dengan saudara-maranya yang masih ada di sana. Ada juga beberapa ahli The Beatles kenal kami kerana mereka membesar dengan kami, jadi rasa dekat dengan Liverpool,” katanya.

Sekiranya Elon serius untuk mengambil alih Liverpool, perkara itu mungkin menjadi kenyataan memandangkan pemilik sedia ada, Fenway Sports Group (FSG) terbuka dengan pelaburan daripada luar.

Pada penghujung 2022, FSG yang turut memiliki Boston Red Sox dalam saingan Liga Hoki Kebangsaan (NHL) dikatakan sedia melepaskan Liverpool akibat beberapa isu, termasuk hasrat mereka menyertai Liga Super Eropah (ESL).

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES