Monday, May 11, 2026
HomeSUKANDonnarumma Makin Hampir Sertai Manchester City

Donnarumma Makin Hampir Sertai Manchester City

MANCHESTER – Masalah Manchester City di posisi penjaga gol tampak berakhir selepas Gianluigi Donnarumma dilaporkan telah dengan terma kontrak menyertai gergasi itu.

James Trafford sudah dianggap sebagai pembelian gagal biarkan baru dibeli daripada Burnley bulan lalu kerana kesilapan mudahnya menyebabkan City tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur di Etihad pada Sabtu lalu.

Dia juga bernasib baik tidak dilayangkan kad merah kerana melalukan kekasaran terhadap pemain Spurs, Mohamed Kudus selain turut dilihat memegang bola di luar kotak penalti.

Pilihan utama, Ederson akan meninggalkan City apabila dilaporkan semakin hampir untuk menyertai gergasi Turkiye, Galatasaray.

Memandangkan Donnarumma tiada dalam perancangan pengendali PSG, Luis Enrique, penjaga gol Itali itu dilihat sebagai calon terbaik mengawal gawang City yang terdesak untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Difahamkan, skuad bimbingan Pep Guardiola itu sedang berunding dengan PSG berhubung yuran perpindahan Donnarumma yang dianggarkan bernilai kurang daripada €50 juta (RM245.28 juta).

Bagaimanapun, City perlu segera menjual Ederson bagi membolehkan Donnarumma dibeli sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.

Kehadiran bekas penjaga gol AC Milan itu pastinya menguatkan barisan terakhir City berdasarkan pengalaman luasnya termasuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan Kejohanan Euro 2020.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dari Kecil Anak-Anak Kena Tahu Cara Lindungi Diri’ – Zahirah Macwilson

0
DUA figura popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi perhatian peminat bukan sahaja kerana bakat lakonan, malah personaliti mereka yang dianggap mempunyai...

CATEGORIES